Irfan Kecil : Formula 1

Assalamualaikum [:

Baiklahh harini ada lagi kisah Irfan Kecil yang ingin ku kongsikan,
Ketika itu umurku baru 6 tahun mungkin, dan hidupku teramatlah bahagia .
Namun pada suatu hari, ayahku membawa pulang sesuatu yang akan mengubah hidupku,,

SELAMANYA !

Masa aku kanak-kanak dulu, aku minaaaaat sangat tengok Formula 1 !
Aku suka tengok Michael Shcumacerajklfsldf ( Camne nak eja nama dye ? )
Aku suke tengok kereta tu accident, aku suka tengok dorang langgar-langgar ^^ haha .
Aku jugak sukaa main game Formula 1 yang masa tuh graphic dye hodoh gileeee .
Untuk dijadikan ceritaa, ayahku tetiba bertanya kepada aku dan abangku :


Siapa yang nak ikot abah tengok race F1 kat Sepang esokk ?
Tapi ada dua ticket je satu untuk abah, satu untuk korang berdua.

Bila aku dengar sahaja, excited kemain lah aku jadinyeee. NAK PEGI !
Namun begitu, abangku juga berkongsi minat kepada F1 dan mahu pergi juga.
Watteefisshhh ==" Ni aku menyampah ada seorang abang ni .
Jadi aku dan abang aku ponn bergaduh sehingga aku melelehkan air mata...


ABAH IFAN NAK PEGI IFAN NAK PEGI !! WAAA , ABANG TAKYAHLAA PEGI !

Oleh sebab aku menangis dan abangku memekak, ayahku membuat sesuatu yang drastik.

I AM DISAPPOINT .
Sebab korang bergaduh, SEMUA tak payah pegi ! Duduk rumah je !

Mendengar keputusan daripada ayahku ituu , aku ponn akur dan reda .

Err.. takpelahh semua tak payah pegi.

TETAPI ! Cerita tidak berakhir di sini sahaja. Pada hari perlumbaan itu berlaku,
Aku telah bangun pagi lalu terus mandi. Sebagai seorang yang comel,
aku mandi dengan mengambil masa yang agak lama untuk mencantikkan diri :3
Setelah mandi, aku keluar daripada tandas dan melihat kereta Wira antik bapaku telah tiada.

" UMI, mana abah dengan abang ? " Aku bertanya
" Abah dengan abang pergi tengok F1 tu haaa " Umiku menjawab.

SAMPAI HATI ABAH TIPU AKU. AKU TAK SANGKA...
AKU TELAH DIPERMAINKAN OLEH BAPAKU SENDIRI .
WAAAAAAAAAAAAAAHAAAAAAAAAAA

Ketika itu keadaan ku amat tertekan, ku terasa seperti telah putus cinta,
Walaupun aku tidak pernah lagi bercinta kerana umuku baru 6 tahun .
Ku rasa seperti kucing kesayanganku telah mati, walaupun aku tidak bela kucing.
Ku telah rasa seperti Facebook ku kena hack, walaupun FB tidak wujud ketika itu.
Ku rasa seperti DUNIA INI TELAH BERAKHIR !!!

Ketika melihat keadaan aku yang tidak tenang, secara tiba-tiba dan tidak kena mengena,
Nenek ku telah memberiku sebatang.. Sebatang.. sebatangg...

ICE CREAM MAT KOOL OMAGOD !
Setelah dapat sahaja Ice cream, aku terus berhenti menangis lalu tersengih.
PADAN MUKA ABANG TAK DAPAT AISKEM . MWAHAHAHA.


Itu sahajalah kisahku pada hari ini . Aku rindu saat-saat di mana sebatang
ice cream mampu mengubat hati ini. Haha , cuba bayangkan kita putus cinta,
lepas tu makan aiskrim teros happy. kan best ! Takpayahla depresi bagai. lol .

That's all from me,
THANKS FOR READING :D

P.S. No Ice cream were harmed in the making of this post .

Comments

  1. Hahahahahha

    Hahahhahaha

    Hahahahhaha

    weah tak boleh stop gelak ni. Kesian kau (':

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Barang yang kerap hilang di asrama.

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.