Dec 6, 2011

Kalau mak cari jumpeee...

Assalamualaikum :)

Hayatilah skitsa ini.


Dekat maaane aku letak spender aku eakk ?
MAAAAAAAAAKKKK ! Ohhh MAK !



Yeeee Boboi, Boboi nak apee ni haa terjerit terpekik?
Mak tengah sebuk main PS3 ni abah kamu ni haaa.



Boboi tengah cari spender nie, semalam kite baling je atas katil tu,
Tengok tibetibe dah hilang . Kite rase ade orang curi spender kitee laa .


* Kenapa lahh anak aku ni bangang sangat* Haihhh .
Booboooi, cuba Boboi cari betul-betul pakai tangan , ni muluut je bising.
Kalau mak cari lepas itu mak jumpa, mak CUBIT Boboi !


BETUL lah mak, Boboi dah penat mencari tapi tak jumpa-jumpa.
Kat mana nih Boboi nak speendeeeeeeer !


Boobooooi, ni spender siapa mak jumpa atas katil warna pink ni ?
Bukan ni ke spender Boboi yang beli kat HariHari harituu .
Kan mak dah kata cari betul-betul, ada je dekat situ !


ERRR
.
.
.
.
.
Maaf mak ! hehe.



Haa sudah baca ? Maka apa yang aku cuba untuk sampaikan ni ?

Bilik aku kan, macam sarang tikus. BERSEPAH ! Aku pun seorang yang sangat cuai.
Jadi barang aku yang kecil-kecil tu selalu lah hilang, entah ke mana perginye.
Dompet keluarkan dari poket lepas tu campak dekat katil. Lepas tu ghaib.
Hairan bukan? Yelaa, aku tahu katil aku tu macam tempat pelupusan sampah.
Sebab tu kalau letak ape-ape pon dekat situ boleh hilang xD

Jadi apabila kejadian kehilangan barang ni kan, aku selalu mintak pertolongan mak.
Sebab apa? Sebab kalau mak cari confirm jumpa. Aku tak tipu ! 
Rasanya mak ada ilmu mencari barang mungkin. Letak lah barang itu kat mana pun,
Mak mesti jumpa punya. Sebab itu lah mak aku AWESOME ! :D
Oh dan sebab itu lah juga, jangan sorokkan sesuatu dari mak. 
Beliau akan tahu punye xD hehe . 

Jadi kepada mereka yang asyik hilang barang tu, belajarlah untuk alert.
Ingat lah setiap perbuatan yang kita lakukan itu *Ingat eah Irfan*
Kalau dah sampai ke tua nak harapkan mak ajee, macam mana nak kahwin ?
Nanti bila kita dah berkemampuan, kita pulak tolong mak yee :)

Itu sahajalah coretan ku pada hari ini,

Thank's for reading ! :D
Irfan suka :D

P.s. Kalauhlah kunci hilang boleh misscall, kan senang ;D

1 comment:

  1. HAHAHAHHAHA ok ok aku rasa semua mak dekat dunia ni ada kuasa tu.

    ReplyDelete

About Me

My photo
Medical student, University College Dublin, Ireland.

Like di sini :D

Followers