Irfan Kecil : Superman

Assalam ;)

Welcome home to me hey, and welcome back to my blog !
Sementara aku di asrama mesti sudah berhabuk semula kan blog nih,
So aku nak tanya lah : Ape cer? Sihat semuaa ? Banyak homework ?
Ape ke bangang aku ni pegi tanya, korang bukan jawab pon .

Baiklah. Maka pada harini, aku akan menceritakan sebuah kisah yang
telah berlaku ketika aku masih belum mumaiyyis serta belum capai akil baligh.
Mungkin ketika itu umurku baru sahaja mencapai 6 tahun rasanya.
Enam tahun tu muda lagi, bercakap ponn masih pelat pelat lagi tidakk ?

Kalian semestinya tahu Superman pakai cape kan? Ataupun bahasa melayunye...
Errr, aku pun tak tahu. Tapi benda alah ni lah namanya cape :


So aku pun entah tibetibe masuk air nak pakai cape kann.
Aku suruh abang aku ajar buat cape pakai tuala. Alaa yang ikat di leher tu.

Haa yang macam ni lahh !

Jadi abang aku pun tetibe baik hati pulak kan nak ajar.
Mula2, kena macam ni, lepastu camni, lepastu camtuu..
Haa lebih kurang cenggituu laa beliau mengajar, takkan aku perlu terangkan.
Masalahnye, masa tu aku baru sahaja enam tahun kann.
Nak cari sum of Progression pon tak reti lagi, apatah lagi na buat functions.

So aku pun kurang faham lah apa yang diajar oleh abang aku itu.
Tetapi disebabkan abang aku ni seorang guru yang SANGAT penyabar.
Tidak dilupakan berwibawa, berdedikasi, penyayang serta kacak..
DYE TENGKING AKUUUUU !

APAHAL KAU NI SUSAH SANGAT NAK AJAR HAAA?
PONDAN, BAPOK, B*NGANG, B*DOH
Err, mind the language. Dye tengking aku! Korang bayangkan.
Tetapi, kalau beliau setakat tengking mungkin aku tak kesah laa kan.
Tapi cube teka dye buat apa selepas itu? Ahh tak payah teka lah.
Jawapannya ialah. Dye pegang kepala aku, kemudian hentak kuat2 dekat lantai !

Ya Allah, kalau lah lantai rumah aku tu diperbuat daripada span aku tak kesah tau,
tapi lantai kat rumah aku tu dahlaa MARBLE, bukan main keras lagi.


Haa lebih kurang macam tu lah lantai rumah aku, 
sebab masa tu rumah aku tak siap lagi. Cuba bayangkan kepala
kena hentak dekat atas lantai tu. Taknak terpecah-belah pulak kepala aku kan.
Mungkin disebab kan itu lah sekarang ni otak aku kurang betul sikit.
Tetapi Alhamdulillah, aku tidak meninggal dunia ketika kejadian.

Cuma kepala aku pada malam itu tumbuh satu ketumbuhan yang SANGAT besar.
Adalah dalam besar tangan jugak, masa tu aku seperti mempunyai tumour.


Selepas kejadian, aku juga koma selama 3 tahun. Tapi best la jugak.
Sekarang ini aku kembali sihat, dan aku sudah reti ikat cape !
Wooohooo ! :D Happy ending .

Moral of the story :
A little hardship is in line if you wish for knowledge.

*Cerita ini benar tetapi terdapat unsur tokok tambah serta hiperbola*

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Barang yang kerap hilang di asrama.

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.