Mar 15, 2012

Apabila sejarah dipandang sejarah.

Assalamualaikummussalam.

Ahlan wasahlan, ma is muka, kaifahaluka, ma rabbuka, ittaqullah.
Innallaha wamalaaikatuhuu yu sallu na alannabih.


Selamat kembali ke blog yang sudah lama tidak atas tarikh ( update ) ini!
Ana ingin memohon seribu, mahupun dua ribu kemaafan atas kediaman ini.
Sesungguhnya amanah sebagai seorang pelajar asrama tidak membenarkan
aku untuk terus menghiburkan hati pembaca semenjak dua menjak ini.

Baiklah, kembali kepada tajuk. Senang untuk berbicara,
baru-baru ni aku telah mendapat satu keputusan yang sangat mengecewakan...
Aku... MENGANDUNG ! *DUM DUM DAAAA*
Cehh takdelahh. bukan cenggituu. Sebenarnya kan, ujian sejarah aku...
GAGAL. Yes gagal! Aku dapat 20% untuk sejarah !


Sejarah faaaail ?

Bagaikan melepaskan batok di tangga,
Bagaikan memberi anjing makan sayur,
Bagaikan menjerit di dalam vakum,
Bagaikan menangis di dalam air.
Aku tak sangka aku mampu untuk gagal sejarah,
Sedangkan sejarah sepatutnya wajib untuk dapat A bukan?

Yelah, bak kata orang : " Learning about the dead is boring! "
Sejarah tidak semestinya bosan dan sejarah perlu dipelajari agar tidak diulangi!
Those who are ignorant of history are bound to repeat them,
dan kerap kali kita melakukan sesuatu kesalahan yang telah berlaku sebelum itu.
Maka jika kita pelajari sejarah, perkara itu sebenarnya mampu untuk dihindari.

Kalau hendak dibandingkan dengan addmaths, yang memerlukan otak
yang super pantas serta latihan yang intensif untuk menguasainya. 
Ataupun physics yang memerlukan kita untuk mengatasi had-had
serta kemampuan otak kita untuk berfikir bagi memahami konsep2 tertentu,
Sejarah sebenarnya seperti buku cerita yang perlu dibaca berulang kali,
agar segala tokoh, tempat serta kejadian terpahat di dalam memori kita.

Sama juga seperti kita berulang kali membaca surah Al-Ikhlas,
maka kita akan menghafalnya bukan? Sama juga jika kita mengulang
mendengar lagu One Direcsh*t kita akan menghafalnya bukan?
begitu jugalah dengan sejarah yang sentiasa memerlukan kita untuk membaca !

Setelah coretan aku yang agak panjang itu, 
diharap agar rakyat Malaysia sentiasa peka akan sejarah,
semoga tidak dipandang rendak subjek teras itu dan dijadikan subjek wajib A+
Peringatan juga kepada diriku agar tidak tidur dalam kelas sejarah ye =="

Maaf atas kekasaran mahupun kelembutan bahasa.

THANKS FOR READING !

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Medical student, University College Dublin, Ireland.

Like di sini :D

Followers