Harini DM makan apa ?

" Weh arep, DM arini makan ape? "
" Entah, tanya Nizam "
" Nizam, DM arini makan ape? "
" Entah, tanya Black "
" Black, arini DM makan ape? "
" Makan nasi kott"

KUANG KUANG KUANG...

Terima kasih sahabat...
Assalamualaikum W.B.T yaa ikhwan wa ikhwanatun.
Alhamdulillah, sepatutnya ketika ini aku melaksanakan tugas karangan
yang diberi oleh Cikgu Meme, tetapi aku lebih cenderung untuk mencoret blog. hurmm.
Tidak mengapalah, kita membelakangi dahulu agenda tersebut.

Apa yang ingin diketengahkan di dalam perbicaran ini ialah persoalan:

" Harini Dewan Makan ( DM ) makan apa ? "

Tanyalah mana-mana pelajar asrama tidak kira SBP, MRSM, Teknik,
Harian, Bulanan, Tahunan dan Henry Gurney sekalipun, soalan ini amat popular !
Ketika cikgu sedang menyumbat ilmu matematik tambahan di dalam otak kita
yang sudah tepu, lalu perut kita berbunyi. Maka timbullah persoalan, DM makan ape?

Tidak boleh dinafikan lagi, jawapan yang sering dinanti-nantikan adalah: AYAM.
Kita lihat senario-senario tersebut ye :

Scene 1/ Take 1/ Action
" Weh, harini makan DM ape ek? "
" Ayam masak merah lerr "
" Perghh bapak sedap, aku dahla lapar nak mati nih "

Scene 2/ Take 2/ Aksi
" Weh, harini DM menu apee? "
" Siot, harini ikan bakar nan sayur hijau "
" Daaammping tol, harini aku makan canteen laa "

Sudah pasti kita semua pernah melalui situasi begitu bukan?
Bukan hendak merendahkan martabat ikan ye, atau lebih dikenali sebagai ayam laut.
Aku suka ikan. Mak aku masak ikan, tak pernah aku tolak.
Tetapi kalau nak cakap dalam bahasa sopannya, ikan dekat DM tuu... lazat tak sedap.

Kalau masak lemak, insyaallah sedap :3

There I said it ! Kalau sedap pon sesetengah lauk jee kann.
Tapi aku tak diskriminasi terhadap ikan, bukan beliau je yang tak sedap.
Selalunya kalau masak sotong atau daging pun pasti kurang menyerelakan ~.~
erghh. tapi apakan daya, itu jelah makanan yang disediakan,
kita perlulah bersyukur. TETAPI !
Kalau tak makan DM pon, kami sentiasa boleh mengambil inisiatif, iaitu...





Ermm, nothing beats MAKANAN SEGERA ! ^^

oh ye, sebelum ucap kata akhir, 
Aku ingin berlagak seketika ...

CIKGU MEME PUJI AKU !!!

perghh kembang nostrils aku :B

Comments

  1. Kah3,makanan dm mmg xsdp,lagi rela puasa o tdo dorm dr mkn dm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Barang yang kerap hilang di asrama.

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.