May 31, 2012

Kalau dekat asrama...

KALAU DEKAT ASRAMA:

1. Ice cream makanan paling sedap dalam dunia.
Err tak tau nape, tapi setiap kali nampak ice cream je meleleh air liur.
Ice cream DM tak best ! Aku nak Icy Grape, Apple Sourz, yang ade jelly tuu :3
haha. Setiap kali lepas solat jumaat WAJIB beli ice cream! 
Kalau tak rasa macam ada kekosongan je dalam hidup ni. Untunglaa budak harian kan,
boleh beli ice cream tiap hari tanpa henti :p kami duduk asrama ni kepunan sahaja.

Waa my favouriteee !!  :D


2. Nikmatnya mandi lama.
Kalau dekat asrama, rasa nikmat sungguh kalau dapat mandi sampai 10 minit.
Kenapa? Yelaa, tandas ada 3. Yang boleh pakainya 2. Ada yang berlubang pintu,
Ada yang bertakung, ada yang takde air, ade yang takde pintu. Macam2 !
Maka queue untuk masuk ke tandas pun kebiasaannya sangat panjang.
Kalau bangun awal tu untunglah, dapat mandi cepat. Tapi orang kat belakang,
mesti ketuuuk ketuuuk pintu tu. Kadang2 nak pakai sabun dan shampoo pun tak sempat.
Kadang2, kita baru masuk tak sempat bukak air lagi orang dah ketuk, haishsh!

haa panjang tu lahh beratur kalau lambat !


3. Tak pernah cukup tidur
Inilah pelajar asrama, tak pernah cukup tidur ! Tak tahu kenapa, 
tapi kalau duduk asrama badan rasa penaaat sahaja, rasa macam nak tiduuur aje.
Masa aku form 4 dulu, sampai2 sekolah sebelum perhimpunan tidur. 
Masuk kelas sebelum cikgu datang tidur. Cikgu berhenti mengajar kejap tidur.
Cikgu tengah mengajar pun tidur ! Kat asrama time riadhah pun tidur ! 
Yang bestnye time exam tidur, lepastu bangun tengok kertas basah. ewwwww.
Tapi sekarang dah form 5 kurang sikit laa tidur tu, SPM SPM xD

tengok tuu aku tidur :3 hahaha


4. Perut tak pernah kenyang
Ini lagi satu kisah benar. Kalau waktu malam kan, komfem lapar.
Mana taknye, makanan DM tu sekadar buat alas perut bolehlah. 
Yang bestnya, supper kadang2 bagi roti jenama apeke entah yang dalam plastik tu.
Errr. senang cite aku panggil roti plastik jee. Tak lalu langsung nak makan !
 Maka setiap malam, terbukalah segala jenis makanan segera yang wujud dalam dunia ni.
Mee segera, bubur segera, sup segera, nasi lemak segera, ayam segera.
Disebabkan oleh makanan yang kurang menyerelakan ini, maka ramailah akan berpuasa.

Yang ni sedaplaa, bukak puasa ramai2 ! :3


5. Everynight is a sleepover 
Parents tak kasi tidur rumah kawan? Tak pernah tidur nan kawan?
Masuk lah asrama ! Setiap hari rasa macam sleepover tahu.
Mana tak nya, kadang2 ade orang tu tak pernah tidur atas katil sendiri tau !
Haa. aku la tuh. Tahun ni tak pernah LANGSUNG tidur malam kat dorm sendiri xD
Setiap malam boleh lepak dengan kawan, seronok ! Tapi bukan lepak jelaa.
Boleh STUDY, boleh berbincang, boleh pergi qiamullail sama2.
Cehh baik jee. Haha, tapi serious seronok. And kadang2, tidur ramai2 dekat lantai.
Katil tolak tepi, lepas tu tilam sume letak dekat lantai. AWESOME right :D

SLEEPOVER !!!

May 28, 2012

Irfan Nukman dan SOLAT

" Solat itu rukun Islam yang kedua, setiap orang yang mengaku Islam
wajiblah mendirikan solat 5 waktu sehari semalam "

Itulah yang telah diterapkan ke dalam setiap kami yang muslim semenjak tadika lagi.
Masa tadika, mereka tak ajar kita cara-cara untuk kentut dengan sopan,
malah mereka juga tidak mengajar kita untuk mengorat janda 3 anak,
tetapi mereka ajar kita perkara-perkara penting dalam hidup, seperti agama.
Betullah kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya.



Untuk dijadikan cerita, Irfan Nukman masa zaman kecilnya malas solat !
Ingatlah jugak dulu-dulu ayah ajak pegi surau, kita pon terpaksa ikut kan.
Sedangkan ketika itu rancangan ultraman favourite ku sedang ditayangkan.
Maka ketika solat pon aku terbayang-bayanglah bagaimanaa hero aku kalahkan raksaksa.

Irfan Nukman malas solat !

Kemudian ketika aku dalam darjah 2/3, sambil sedap tengok tv,
maka parents aku pun akan bertanya, " dah solat ? "
aku sebagai seorang yang suci dan murni, susah nak menipu. maka aku jawab "hmmm"
Kalau mereka tak tanya lagi, aku pun relakslah, tak solat ! 
Tapi kalau mereka suruh jugak, aku pun ambil wudhu'. lalu masuk dalam bilik.
Rahsianya, dalam bilik aku tak solat pon, just lompat-lompat atas katil.
Lepas 2-3 minit baruu la keluar, dengan muka suci bagaikan baru lepas solat :D
Punye lah malas nak solat laa katakan.

Diorang ingatkan aku solat 


Itu baru parents, untuk dijadikan cerita lagi, ABANG AKU.
Masa aku kat England dulu, share bilik dengan abang aku nih.
Setiap malam sebelum tidur, selalu borang dengan beliau, maka
beliau pun akan bertanya mengenai solat aku.. aku pun jawab " solat .."
Dengan abang aku bolehla tipu, tetapi abangku jawab balik " Cakap Demi Allah "
Errr terkelu lidah - mana boleh tipu dah ! Jadi aku pun jujur kepadanya.

Yang menariknya, abang aku tahu aku tak solat, dye akan PUKUL AKU !
Kadang2 dye RKO aku, kadang2 PEDIGREE, kadang2 CHOKESLAM.
Aku ingat lagi dulu dye selalu sepak-sepak aku yang tengah terbaring sambil
melelehkan air mata plus air hingus plus air sprite yang mengalir dari setiap liang di wajahku.
Lepas tu aku diarahkan untu Qadha' semula setiap solat yang aku tinggal.
Punya garang abang aku masa tu, aku pun tak tahu kenapa -_-


ASAL KAU TAK SOLAT GAMPEEEEENG

Tetapi walaupun aku sangat degil untuk solat ketika kecil dahulu,
perangai aku berubah sejurus aku mencapai akil baligh.
Aku sedar yang dosa kena tanggung sendiri, maka solat pun kenalah buat kan.
Maka sekarang Alhamdulillah, solat terjaga. Tetapi khusyuk tuu... errr ikut mood. haha.

Konklusinya di sini, peliharalah solat anda kerana solat itu tiang agama.
Jika rapuh solat kita, maka rapuhlah agama kita. 
Kalau tak suka solat, just make it a habit. As time pass, you'll get use to it :)

Solatlah walau dimana jua anda berada :)

"Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya 
ke atas orang-orangyang beriman".( An Nisaa’:103)




About Me

My photo
Medical student, University College Dublin, Ireland.

Like di sini :D

Followers