May 28, 2012

Irfan Nukman dan SOLAT

" Solat itu rukun Islam yang kedua, setiap orang yang mengaku Islam
wajiblah mendirikan solat 5 waktu sehari semalam "

Itulah yang telah diterapkan ke dalam setiap kami yang muslim semenjak tadika lagi.
Masa tadika, mereka tak ajar kita cara-cara untuk kentut dengan sopan,
malah mereka juga tidak mengajar kita untuk mengorat janda 3 anak,
tetapi mereka ajar kita perkara-perkara penting dalam hidup, seperti agama.
Betullah kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya.



Untuk dijadikan cerita, Irfan Nukman masa zaman kecilnya malas solat !
Ingatlah jugak dulu-dulu ayah ajak pegi surau, kita pon terpaksa ikut kan.
Sedangkan ketika itu rancangan ultraman favourite ku sedang ditayangkan.
Maka ketika solat pon aku terbayang-bayanglah bagaimanaa hero aku kalahkan raksaksa.

Irfan Nukman malas solat !

Kemudian ketika aku dalam darjah 2/3, sambil sedap tengok tv,
maka parents aku pun akan bertanya, " dah solat ? "
aku sebagai seorang yang suci dan murni, susah nak menipu. maka aku jawab "hmmm"
Kalau mereka tak tanya lagi, aku pun relakslah, tak solat ! 
Tapi kalau mereka suruh jugak, aku pun ambil wudhu'. lalu masuk dalam bilik.
Rahsianya, dalam bilik aku tak solat pon, just lompat-lompat atas katil.
Lepas 2-3 minit baruu la keluar, dengan muka suci bagaikan baru lepas solat :D
Punye lah malas nak solat laa katakan.

Diorang ingatkan aku solat 


Itu baru parents, untuk dijadikan cerita lagi, ABANG AKU.
Masa aku kat England dulu, share bilik dengan abang aku nih.
Setiap malam sebelum tidur, selalu borang dengan beliau, maka
beliau pun akan bertanya mengenai solat aku.. aku pun jawab " solat .."
Dengan abang aku bolehla tipu, tetapi abangku jawab balik " Cakap Demi Allah "
Errr terkelu lidah - mana boleh tipu dah ! Jadi aku pun jujur kepadanya.

Yang menariknya, abang aku tahu aku tak solat, dye akan PUKUL AKU !
Kadang2 dye RKO aku, kadang2 PEDIGREE, kadang2 CHOKESLAM.
Aku ingat lagi dulu dye selalu sepak-sepak aku yang tengah terbaring sambil
melelehkan air mata plus air hingus plus air sprite yang mengalir dari setiap liang di wajahku.
Lepas tu aku diarahkan untu Qadha' semula setiap solat yang aku tinggal.
Punya garang abang aku masa tu, aku pun tak tahu kenapa -_-


ASAL KAU TAK SOLAT GAMPEEEEENG

Tetapi walaupun aku sangat degil untuk solat ketika kecil dahulu,
perangai aku berubah sejurus aku mencapai akil baligh.
Aku sedar yang dosa kena tanggung sendiri, maka solat pun kenalah buat kan.
Maka sekarang Alhamdulillah, solat terjaga. Tetapi khusyuk tuu... errr ikut mood. haha.

Konklusinya di sini, peliharalah solat anda kerana solat itu tiang agama.
Jika rapuh solat kita, maka rapuhlah agama kita. 
Kalau tak suka solat, just make it a habit. As time pass, you'll get use to it :)

Solatlah walau dimana jua anda berada :)

"Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya 
ke atas orang-orangyang beriman".( An Nisaa’:103)




1 comment:

  1. alhamdulillah... selamat aku dah solat.. hehehe

    ReplyDelete

About Me

My photo
Medical student, University College Dublin, Ireland.

Like di sini :D

Followers