Tolong abang...

" Weh, ape nama kau? Sukiman? Suka suki kau je pakai nama camtu.
Ha takpelah, ni. Kau amek botol ni, lepastu tolong amekkan aku air panas tau.
Haa lagi satu, tolong panggil abang sameon suruh dye naik bawak stokin aku.
Lagi satu, kau carikan aku maggi dua paket, satu maggi kari, lagi satu maggi itik.
Yang lain aku taknak ! Last sekali! Bak singgit duit shiling "
Sazali memerintah juniornya dengan begitu kejam sekali.

" Aduuuh. Aku dahlah tengah sibuk ni. Folio sivik tak buat lagi, 
kerja rumah PJ bertimbun tak siap. Seluar dalam yg kena cirit semalam pun belum basuh.
Boleh pulak senior kesayangan aku ni suruh buat macam-macam. Tak boleh jadi ni.
Aku kena balas dendam ! " Sukiman bermonolog dalaman.

" Kau tercegat apa lagi kat sini ?! Nak aku kasi ' KICK START ' baru nak gerak ?
Cepat laaa, aku SPM tahuu taun ni, mana ada masa na tunggu kau ! "
Tengking sazali dengan nada yang meninggi.

" Yee bang, saya pergi " Sukiman tersenyum sinis ' tau lah apa aku nak buat nanti '

~

Begitulah senario yang selalu kita dapat lihat di asrama,
Senior membuli junior. Ye, BULI. Tapi tak pukul pun? Tapi tak kutuk pun?
Buli apanya? Itu buli lah, sebab kita MENDERA dia secara mental dan fizikal.
Oleh sebab senior jauh lagi besar dari junior ni, maka junior tidak akan berani membantah.
Kalau bantah. pasti junior tersebut akan dilanyai dan dilauk oleh senior yang rakus.

Walaupun senior kata mereka hanya ' mintak tolong ' 
Tetapi kalau junior itu tidak ikhlas untuk membantu dan tidak mahu membantu,
maka itu lah buli namanya. " Tapi aku dulu kena lagi teruk ! " Senior menjawab.
Haa itulah puncanya. Roda kehidupan. Kadang kala di atas, kadang kala di bawah.
Maka senior ni bertanggungjawab untuk menghentikan putaran itu !
Jika beliau melayani junior dengan baik, maka apabila junior ini menjadi senior,
beliau juga akan berbuat baik kepada junior nya tersendiri.

Lagipun, boleh percaya ke junior tu?
Yelah, senior suruh dia ambil air panas. Dari tingkat empat. Kena pergi tingkat bawah.
Mesti junior tu marah kan, lainlah kalau dye tu memang daif dan sanggup dijadikan hamba.
Berkemungkinan juga junior tu meludah dalam air panas tu? Kita tahu apa.
Kalau nak kencing pun boleh ! " Air teh bang, saya buatkan "
Bukannya susah kan. Haha. Minum airlior lah komee.

Moral of the story: Jangan masuk asrama.

.
.
.
.

Haha just kidding :D
p.s. Post ini tidak menyentuh mana-mana pihak yang hidup mahupun yang zombie.

p.p.s. Aku sebagai seorang senior yang jahat menyarankan agar senior lain tidak
meniru aksi yang terdapat di dalam post ini jika anda takut dijangkiti barah payudara.




Comments

  1. Sume asrama same ek? Asrama kite pown cm tuh =='
    " Tapi aku dulu kena lagi teruk ! " Setiap Senior akan sebut..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Barang yang kerap hilang di asrama.

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.