Nak tengok wayang !

2 minggu yang lalu :
" Weh, balik nanti kita tengok wayang nak? "
" Jom! Cerita apa yang best sekarang? "
" Err SILENT HILL ? Macam awesomee je "


Maka pagi tadi, saya dan 5 orang rakan lain pun sampai di Puduraya,
Lepas solat semua, kami terus pergi ke Times Square untuk tengok wayang,
al maklumlah, merdeka kecil lah katakan. Ada break SPM ni,
ingat nak release tension sikit kan. Otak da serabut jawab exam harituu..

Jadi sampai lah kami di kaunter tiket ! Oke. Akak ni muka...
Cantik ! Adelah seiras juga dengan Diana Daniellee.. punye cleaner.
Oke aku jahat. Beauty is only skin deep, so I won't judge a book by its cover.
Akak ni baik kott.. Tapi kan, cara layanan akak ni buatkan aku rasa seperti,
Orang macam beliau lah yang menjadi cabaran ke-10 negara untuk mencapai wawasan 2020!
Menyirap, menyoren, memiloo aku dengan beliau, semua ada.
Tapi takpee, we got our tickets.. 3D pulak ! huhu. excited jee saya :3

Na tengok wayang ! 

Jadi pukul 4 geraklah kami ke gate wayang. Humph nak masuk ni !
Dengan bergayanya, aku pun menyerahkan tiket ku dan rakan2 kepada penjaga.
" Lalu sini, kami nak check umur 18 tahun ye. "
.
.
.


errrrr- habishabishabishabishabishabis....
habis laa kiteeeee. err macamana ni? Kitorang belum 18!
Takpe takpee, buat muka cool je. Muka kau matang, jangan risau.
Tengok laa muka ni, matang kan :


Buat jee muka macamni, dye mesti percaya aku 18.
Nak kata apee kat akak ni? Dye ni cun pulak, hadushh. malu malu.

" Err ta bawak IC la kak, tertinggal. hehe " Jawab rakan ku sambil tersengih.
Yang lain pun mula la terkial-kial meraba satu badan bajet na cari IC je kann.
Jadi aku sebagai 'hero' ingin menyelamatkan keadaan.
Aku fikir akak ni oke la kut, kita berapa bulan je lagi na masuk umur kan.
Aku pun dengan yakinnya mengeluarkan slip SPM aku. YES. SLIP SPM.

Terus dye melihat lalu menjawab 
" 95, memang tak boleh lahh, "
Aku pulakk mase tuu dah macam...






Serious menggigil. Rakan akak tu pulak, badan tough macam bouncer.
Tapi aku lagi tough lah. Ingin sahaja aku menumbuk beliau, tapi takut dia sakit.
Dunia aku runtuh di hadapan mata aku sendiri. Tidakku sangka dunia begitu kejam.
Hatiku ibarat dipecah belahkan berkali-kali ganda. Ini tidak adil !
Tidak pernah ku berasa begitu kecewa dalam hidupku..
Putus cinta pun tidak seperit ini, aku teringin na tengok wayang !



- FIN -

Assalamualaikum :)

Begitulah cerita tragisku pada hari ini.
Yelah, awak nak SPM sebuk pula na tengok wayang kan.
Takpelah, takde rezeki. burn je RM14. Tapi lepas tu karaoke,
jerit sampai pecah jugak laa speaker karaoke tu. Seronok :D

BYE !

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Barang yang kerap hilang di asrama.

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.