Barang yang kerap hilang di asrama.

ASSALAMUALAIKUM

Hye. Selamat sejahtera. It's new years eve guys! Just a few more hours of 2012 :]
Tapi tak kesah. Itu hanya tarikh, tidak memberi apa-apa makna pun kaann.
Semoga kita cuba untuk jadikan tahun depan lebih baik dari tahun ini.

Jadi sekarang ni aku nak gelak kat budak asrama sebenarnya.
SEBAB ESOK KORANG BALIK ASRAMA ! Hahahahahahahahahaha :D

Okay kelakar.

Tapi aku pun khamis masuk PLKN, so kita geng sebenarnya.
And I cant wait for all the new challenges, friends and so forths :)
Jadi yang nak balik asrama ni kann, adek2 aku ni, mesti sebuk packing kan.
Nak cari seluar dalam lama laa, berus gigi laa, semua sumbat masuk bag.
Kalau aku packing, memang last minute lah ceritanya. Sebab tu bila sampai asrama,
semua takde. Kadang2 berus gigi terlupa balik bawak, memang tensialalalala -.-

Sorang kawan aku kan, kita namakanlah dia 'Keding'
Setiap kali aku balik asrama jumpa dia, mesti ada je barang baru.
Kadang2 baju baru, kadang2 kasut baru. Maka aku pun musykil. Lalu aku bertanya,
Di manakah gerangan beliau mendapat barang2 baru tersebut. Lalu beliau menjawab:
"REMBAT" okay, baik punya sahabat. Ni mesti alim budak ni. haha
Lalu lagi seorang sahabat aku pula, suruh si Keding ni rembat kasut futsal.
Dah nama sahabat baik, perangai dua kali lima. Macam setan.
Haha, tapi kawan aku jugak kan. Aku pun sama lah ek xD

But that's not the point here. Sebagaimana yang diketahui umum, budak asrama kann,
selaaluuu sangat hilang barang. Asal masuk asrama je barang mesti semakin berkurangan.
Bukannya nak kata dekat asrama ramai pencuri, oh tidak.
Kalau ada pun biasanya curi duit je kann. Tapi kadang-kadang kan,
budak asrama ni barang yang paling random dan tidak diingini pun selalu hilang.
Jadi di sini bukan hendak aku menghuraikan faktor-faktor berlakunya kehilangan barang,
tetapi aku hanya ingin menajamkan pengetahuan pelajar harian mengenai barang yg hilang.

Baiklahh, kita mulakan dengan contoh yang paaaling mudah.

Aku selalu jugak pakai cani bile selipar hilang

Selipar. Menatang ni, tokseh duduk asrama pun selalu hilang kan.
Kalau pegi surau hilang. Pegi masjid hilang. Apatah lagi pegi asrama.
I mean, tahun ni sahaja aku tak tahu berapa banyak selipar aku dah ada.
I mean, bukan nak mencuri tapi kalau selipar kita yang hilang, kadang2 TERPAKSA !
Bukan nak kata yang senior je buat, yang junior pon.
Paling rasa bengang bila nampak selipar yang mak korang belikan dulu kat kaki orang kan.
Seriously. Walaupun unik mana pun selipar yang korang beli tu, HILANG JUGAK.
Dah memang jadi tradisi kot selipar hilang ni. Jadi kalau selipar hilang kat asrama tu,
Bersabar, berusaha untuk cari baru dan bertawakkal sahajalah sahabat :]




Baldi. Okay ini memang pelik dan aneh, tapi betul. KOT.
Entah ke aku sorang je yang pelik? I mean, masa form 4 dulu bawak la baldi.
Lepas beberapa kali pakai, mungkin 2 atau 3 kali menghilang dah.
Ada pencuri baldi ke kat asrama ? Pelek kan.
Mungkin baldi tu tahu, yang aku ni tak suka basuh baju kot.
Lalu beliau mengambil keputusan untuk melarikan diri ke tuan lain yang lagi menghargainya.
Mungkin la, tapi aku pun tak tahu. Ke baldi aku tu sungguh precious ?
Tapi bukan aku sorang kott. Last2 aku rasa ramai yang pakai baldi orang je.
Masing2 hilang baldi kann. Jadi saya rasa kena kaji la kenapa baldi selalu hilang.


Seterusnya. Seluar dalam. EEEWWWW BAPAK TAK SENONOH!
Hey matang sikit boleh tak? Habistu nak aku kata ape? Spender :p haha.
Okay. Jujur laa. Lelaki la, perempuan tak kot? Selalu hilang en?
Tak kira lah Alan Deloine kee, Alan Shearer ke, Renoma, Byford, Oxford,
Underwear superman yang mak korang belikan kat pasar kee,
Selalu hilang kan. *Bukan nak kata yang aku penah hilang, tak*
But seriously. Ada jugalah sahabat-sahabat aku yang mengalami masalah serupa.
Mungkin ada pengumpul seluar dalam antara pelajar asrama ni..
Ataupunn... Makcik cleaner curi? Okay tak tak. Sumpah jahat aku ni.
Sorry makcik cleaner sebab fitnah awak :<

Errkk rasa pelek bila search 'underwear' kat google.


BAJUUUU ! Yes. Baju memang terlalu pantas hilangnya.
Especially baju putih kan. Alaa baju putih collar yang korang budak asrama pakai tu :p
Baju tu terselalu sangat lah suka menghilangkan diri ye tak.
Menyampah betul aku, muak dah beli baju asrama putih tu. Iyelah ape taknye.
Aku rasa setiap kali cuti panjang dulu aku beli kemudian pasti hilang! Mengapakah.
Kalau aku kumpul2 baju putih tu, boleh buat butik dah agaknye.
Antara faktor baju putih ni selalu hilangkan, berdasarkan pengalaman aku lah kan,
Budak2 asrama ni, kalau riadhah kena pakai baju putih. Tapi mana nak ikot.
Pakai baju bebas masa main. Lepastu warden lalu, mulalah menggelabah cari baju putih.
Yang jadi mangsa baju putih orang yang dekat ampaian, dekat atas katil.
Sume jadi mangsa rembatan orang kan. Lepastu bukan reti nak pulangkan!
Aku tak penah buat eh! Tapi rembat seluar penah :p hihi sorry !

Baiklah itulah antara contoh terbaik yang boleh aku kemukakan.
Kalau ikut hati, nak tulis banyak lagi, tetapi malang sungguh, jariku penat.
Jadi kepada bebudak yang nak balik asrama esok tu kann,
ambillah iktibar dari kisah aku ni yeee. ! And jangan laa sedih2 malam ni last,
nanti korang balik2 jugak kaaann. Enjoy your moments in hostel life :]
Especially to form5 2013, this is your last school year !
Please enjoy studying and work hard for SPM. Abang bukan apa,
abang rasa kan 2012 ni dah mengajar abang untuk berusaha sungguh2,
untuk dapat kan apa yang abang mahu untuk cemerlang SPM.
Cehh terus abang. Bapak geli.

Itulah sahaja daripada Irfan pada malam ini yee.
Goodbye budak asrama ! Especiaaly SABDAs okay.
Korang do the best this year, make us ex-SABDAs proud.
I'll meet you guys in March for the SPM results okaaay :]
And to all who know me, goodbye as well cause this would be my last post,
Before I make my way to PLKN Cherating , Pahang. Hope you pray for my health.
Farewell people !

THANKS FOR READING !

- Happy New Year to all of you :)
- Semoga awak semua mencapai kebahagiaan pada 2013.




Comments

  1. student asrama ker nie hehehe ok lah hati2 ok tahun baru ni azam tak nak hilang barang lagi ok..

    Follow me

    blog : mahamahu.com
    twitter : @mahamahu
    Instagram : Mahamahu
    Youtube : Mahamahu

    Thanks...

    ReplyDelete
  2. Me too budak Asrama. Haha. I'm Sabdanian too. You know me? Ofc la not. I tak cerita lagi. I'm Aiman form 3 2013. Kalau you ingat la. Haha. Joke je. Abang Irfan goodluck in your life. Kbye :*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.