What I learned from Biology.

Assalamualaikum :]

The word Biology originated from the word Bios and Logos,
which means (Bio- life) (Logos- the study of),
Which originated from the word Biodata and legos,
Which does not make sense because I made it up :)



Dalam Biology, kita belajar mengenai setiap perkara yang hidup,
Kita belajar mengenai badan kita, haiwan-haiwan dan juga tumbuhan.
Kita belajar mengenai proses yang sedang berlaku pada badan kita,
samada dalam keadaan kita sedar ataupun tidak.
Biology merupakan subjek penting bagi seorang doktor, and I loved it :D

Ketika 2011, ada dua cikgu yang ajar saya Biology.
Cikgu Farah dan Cikgu Malek. Cikgu Farah ajar dalam 2-3 kali je,
then tukar dengan Cikgu Malek. I thank both these teachers ever so much,
for introducing biology to me and made sure that it was friendly to me.
And in 2012 Cikgu Malek ajar lagi but was then replaced by Miss Diyana.
Miss Diyana sangat cantik dan beliau sangat tegas ketika mengajar bio :)


But that's not the point here ! Apa yang ingin aku ceritakan adalah,
Apa sebenarnya yang Biology ajar aku sepanjang dua tahun ini? 
Perkara yang aku belajar tu boleh membantu aku dalam hidup ni ke?
Aku ingat lagi tak sebenarnya apa yang aku belajar tu?
Adakah Biology memberi impak kepada hidup aku ke arah yang baik?
Haa, inilah saya nak habaq ni! Dulu kan saya sangat jahil.
Banyak benda yang saya ingat macam tu, tapi rupa2 nya macam ni.
Tapi yang macam ni pulak rupa2 nya macam tu. Haa pelik kan.
Meh saya terangkan secara detail lagi.

1. Bulu roma naik.

Sebelum Biology :
" Weh aku rasa bulu roma aku meremang laa, lain macam je"
" Hish kau ni. Malam ni malam jumaat. Jangan tegur, biar jeeee.."
" Serious weh, bulu aku da berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku dah ni"
" Alaa paham-paham jelaa, ada benda tuu. Jangan tegur ! "

Selepas Biology :
" Weh kenapa bulu roma aku naik tiba-tiba je ni? Aku rasa ada benda lah"
" KEPALA BULU kau ada benda! Kau nak tahu kenapa bulu roma kau naik?
Sebab badan kau tu sejuk! Apabila badan kita sejuk, thermoreceptor pada
otak kita akan merasai perubahan tersebut dan dia akan hantar maklumat
kepada anggota lain supaya dapat menstabilkan suhu badan. Jadi 'erector muscle'
bawah kulit kita itu akan menegang dan bulu roma naik untuk perangkap haba! "

.
.
.
" Errr. Kau cite apa ni bro, tak paham lah? "
2. Kencing.

Sebelum Biology:
Korang perasan tak kalau kita banyak minum, kencing pun banyak.
Mestilah perasan kan, kalau tak korang bukan manusia kot.
Jadi kenapa jadi macamtu ek? Korang rasa kenapa?
Sebelum aku belajar Biology, aku rasa soalan ni simple sangat !
Kalau kita minum banyak, nanti semua air yang kita minum itu terus sampai ke pundi,
Dekat pundi kencing itu lah dia akan tunggu sampai lah penuh.
Lalu mereka akan berkonvoi keluar dari badan melalui kemaluan. The End.
Senang kan fikirang macamtu? Tetapi...

Selepas Biology:
Sebenarnya proses pergerakan air dalam badan kita tidak semudah itu.
Dalam Biology, ada 'Blood Osmotic Pressure' iaitu kandungan air dalam badan.
Kalau BOP rendah maksudnya air banyak, dan sebaliknya.
Jadi dalam badan kita ni ada banyak la proses di mana BOP harus distabilkan.
Proses ini melibatkan hormon-hormon dan juga organ yang tertentu.
Aku rasa tak perlu kot cerita, sebab nanti korang bukannya baca :p



3. Menstruation

Sebelum Biology:
Errr ini topik yang agak memalukan untuk dibincangkan, tapi kena bagitau!
Haha. Sebelum aku belajar bio, aku sendiri tak paham kenapa perempuan haid.
Ingatkan sebab diorang banyak sangat darah sampai tak sempat pergi derma.
Lepastu kan, aku tau yang orang mengandung tak keluar haid.
Jadi aku terpikir, kenapa orang mengandung tak haid? Lalu aku juga menjawab :
Sebenarnya, apabila seorang wanita ada bayi di dalam rahimnya,
maka bayi itu akan minum darah berlebihan wanita tu. Sebab tu lah tak haid.
Waatt theee heeeeecckkk. Aku fikir apa haa masa tuuu T.T



Selepas Biology:
Okay. Progestron. Oestrogen. Corpus Luteum. Follicles.
Astroboy. Lavagirl. Spiderman. Wingardium Leviosa. Avada Kedavra.
BANYAKNYEEE HORMOOOONEEE !
Baru sekarang aku faham kenapa wanita ini sangat complicated.
Sebab apa yang berlaku dalam badan mereka pun complicated jugak. haaa x)

~

Itulah antara perkara yang aku belajar dari Biology.
Aku rasa antara 4 subjek elektif science stream, Biology yang paling simple.
Tapi Biology jugalah yang paling susah. Kenapa? Sebab kena faham dan hafal.
Biology tak macam addmaths, buat latihan banyak2 boleh tangkap.
Kena baca baca dan baca. Tapi yang paling penting minat !
Kalau kita memang tak minat Biology, memang susah nak cemerlang.


Oh ye. Bio seronok sebab bedah katak! :D



Malam ni blog post ku bersifat ilmiah, sebelum ni lagha memanjang.
Harap korang dapat faedah daripada membaca coretan ini :)

Thanks For Reading :D
# Aku tengok Life Of Pi tadi! 5 stars, absolutely :D
# Follow my blog, instagram and twitter please :)
# Username : irfannukman
# And tekan like untuk feedback :]

Comments

Popular posts from this blog

Barang yang kerap hilang di asrama.

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.