Studying tips by Irfanfonfun :)

Assalamualaikum and good evening :)

Dah lama kan saya tak update? Last update masa cuti PLKN tu.

" Kenapa Ifan tak update haa? Jahatnya diaa. Kita nak baca blog dia :( "


Yee yee saya tahu awak, awak dan awak semua setiap hari menghitung saat,
menggigit kuku, mengorek hidung, menggaru ketiak menantikan aku update blog.
Tapi seribu satu kemaafan saya pinta sebab saya amat sibuk. Sibuk melepak xD

Nampak tak kesibukan aku.

Ahaha. Al-maklong lah. Fasa penantian universiti ni, takde kerja.
Setiap hari baca komik, keluar jumpa kawan, apply itu ini. Na belajar bawak kereta.
Banyak lagi lah yang perlu aku selesaikan sebelum sambung belajar.
Jadi saya harap awak semua faham keadaan saya dan terima kenyataan ye.
Jangan lah sedih sangat :p *Okay perenggan ni sumpah perasan*

Jadi Alhamdulillah baru2 ni Irfan Nukman (nama sebenar) atau lebih dikenali sebagai
irfanfonfun (nama gedik) ataupun ifaan (nama manja) ataupun monyet (nama haiwan)
telah mendapat keputusan SPM beliau. Syukur kepada Allah, Irfan ni dapat 
keputusan yang memuaskan, boleh lah nak hidup kaann.
Tetapi kecemerlangan keputusan tu tidak utama pun, yang penting keberkatan
keputusan SPM kita tu. Maksud saya, apa gunanya keputusan cemerlang bilaa gaagi ah
tapi masuk mana-mana U pun tak lepas? Maksudnya tak berkat lah tu :)


Alhamdulillah, fine results. Tetapi berkat atau tidak, WallahuAlam :)

Jadi ramai jugak yang tanya aku: 
"Ifan, aku tengok kau main banyak tapi result gempak. Kau meniru eh?"
"Weh apa rahsia kau cemerlang? Aku tengok kau study macam biasa saje"
And things like this. First of all, result saya takdelah gempak mana, sekadar
berpatutan dengan usaha yang telah aku lakukan untuk peperiksaan SPM ni.
So harini saya nak bagi satu tips belajar agar adik2 saya yang bakal ambil peperiksaan ni,
dapat belajar dengan lebih efektif sekaligus mencapai kejayaan dalam setiap pembelajaran ^^


Well tonight I'll present you with one piece of advice, and if you take it at heart,
Your studying will surely be more effective and efficient. So to be a good student,
All that you really need and all that you should do is :

HAVE FUN !
EASY RIGHT ?

Kalian selalu tak dengar pelajar sekarang selalu mengomel :
" Malas laa belajar. Bosaaan. Nak lepak, tido, tengok tv, online! "
Jadi sudah jelas lagi nyata bahawa mentaliti pelajar sekarang memang menganggap
belajar itu sebagai sesuatu yang membosankan ataupun membebankan.
Jadi penyelesaiannya adalah dengan mengubah mentaliti kita. Mudah bukan?
Anggaplah belajar itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Ituu ajee ^^


Jadi macamane nak berseronok sambil belajar? Hurmm. Itu semua psikologi lah.
Kalau awak dah tetapkan yang awak nak belajar, dan awak kata dalam hati:
" Eh seronok lah belajar, dapat tahu itu, dapat tahu ini !"
Lepas kita dah berfikiran begitu, maka kita pun akan lebih mudah untuk belajar,
dan juga lebih mudah untuk menerima apa yang telah dipelajari.


Bila belajar pun senyum. Comel pulak tu! =="

Selain itu, kalau nak seronok belajar kenalah menyediakan suasana yang seronok!
Kalau aku lah kan, belajar seorang diri dalam kesunyian. Seriously 10 minit then pengsan.
Tak tahulah dengan korang, but that is not my way. Kalau aku nak study,
mesti dengan kawan jadi kalau penat boleh buat lawak dengan dorang, support dorang.
And kalau study maths/addmaths kena dengar lagu baru rasa semangat!
Tapi kalau awak tengah study subjek yang menghafal tu. tokseh lerr. Nanti tak masuk!

Lagi satu, masa dekat asrama dulu kan, saya dan rakan selalu study sambil pasang radio.
Jadi kalau bosan atau mengantuk, berhentilah sekejap untuk rehat, then do something fun.
Likeeee DANCING !! Aku haritu tengah study, tiba-tiba keluar lagu Diamond.
Terus aku bangun, terus menari macam Kanye West. Seriously.
Tapi memang hilang laa kebosanan dan terus tak mengantuk. 
Junior tengok pun buat muke sememe jee. Aku wat lek jelaa. Hidup aku kan :p


Ni pukul 3 pagi belajar dengan Faris :)

Lagi satu, kalau lah korang ada pasangan kekasih lah katakan. Teman istimewa kee.
Sesiapa jelah. Korang kenalah saling bantu-membantu! Apa gunanya kawan tu kan.
Kalau dah malam-malam tu dia tertidur sambil belajar, awak mesejlaa suruh bangun.
Kuatkan semangat, belajar lagi! Ataupun pukul 4 pagi awak terbangun kee,
Awak mesej lah si dia suruh bangun Qiamullail pastu belajar terus. Kan kann !
Barulah boleh berjaya sama-sama. Ni kalau gagal sama-sama baik tak payah.


What else? Ermm. Just enjoy the moment. Grasp the feel of happiness.
Think of the joy you'll receive when you reap awesome results.
Live every second of your studying and remember the feeling of it.
REJOICE ! Love knowledge and you'll bound to receive it :)
And THAT is how you can have fun while studying :)

Satu cerita bonus untuk awak semua. Awak tahu takk, dalam dua bulan sebelum SPM
memang masa tu saya push habis la dalam studies. Tidur dikurangkan, main dikurangkan,
belajar dilebihkan. Kalau tidur pukul 11, pukul 4 bangun untuk belajar.
Kadang-kadang kalau nak berjaga, pukul 4 baru bangun. SERONOK!
Tak tipu. Perasaan masa tu rasa gembira sebab saya berseronok masa saya belajar :)
Dalam satu malam minum air white coffee sampai dua cawan, and then
gula-gula kopiko white coffee pun bersepah atas meja. Dengan radio lagi.
Yang paling seronok kan, saya tak study seorang diri tetapi saya study dengan kawan,
dengan Natasha. Saya text dia suruh study, and we supported each other ^^

That is all from me. I hope you take note of my advice and from this forth onwards,
try to have fun when studying in order to reap more results from your efforts :)
Maybe I'll post more tips in the future, but until then.
Good luck everyone !

THANKS FOR READING :D

*Btw, saya teringin sangat na bagi motivational talk dekat sesiapa lah.
Kalau boleh nak pegi SABDA bagi motivational talk dekat form 5 tahun ni.
Kalau ada mana-mana cikgu baca blog saya ni, dan kalau berminat dengan perkhidmatan
yang saya tawarkan secara percuma ni, jemputlah saya ke SABDA yee :D haahaa.

*Lastly lupa nak bagitau. Another way to have fun while studying is... PICTURES!
Awak nampak tak saya banyak amek gambar masa tengah study?
Sebab seronok. Kita ingat kenangan kita masa tengah belajar tu. Cuba korang try test ^^


Tengok gambar lagi ^^ haha

Comments

  1. Tahniah. Harap tahun ni, SPM saya Gempak macam abang :) doakan.

    ReplyDelete
  2. Ayat tu tak boleh bongek lagi ke ? haha :D nice nice

    ReplyDelete
  3. Lol,ifaan,know what,reading your blog just made my day :D Loving your writing style and everything in this blog :D keep on writing :D Found your blog from someone.Those tips quite useful :)

    ReplyDelete
  4. thankyou for the tips. Saya pun ada sorang kawan dgn SABDA ni. Nama dia Khairul Anwar? Tahun ni form 5. Kenal?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Barang yang kerap hilang di asrama.

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.