I have a dream...
" Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah ku kejayaan di dunia dan akhirat. Berilah kedua ibu-bapaku kejayaan di dunia dan di akhirat. Berikanlah sahabat-sahabatku kejayaan di dunia dan di akhirat..." Inilah doa yang aku sentiasa bacakan selepas solat dan sebagainya. Itulah yang aku inginkan: Kejayaan di dunia dan di akhirat . Apa gunanya kita hidup dalam dunia ini, kalau kita takda cita-cita. Apa gunanya hidup dalam dunia ini kalau tak ada misi untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Bukan sahaja dapat berjaya dalam dunia yang sementara ni, malah berjaya lagi di akhirat kelak yang selamanya, dan semoga bertempat di orang-orang yang beriman. Apa gunanya hidup hari ke sehari, sekadar ingin berseronok, ingin bergembira sentiasa. Kalau kita tiada arah tuju dalam hidup ni, tiada motivasi untuk menjadi lebih baik, maka itulah yang buat seorang itu boleh jadi tertekan dan tiada semangat untuk hidup. Dari kecil lagi, aku banyak mempunyai cita-cita. Ketika umur 6 tahun...