I have a dream...
"Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah ku kejayaan di dunia dan akhirat. Berilah kedua ibu-bapaku kejayaan di dunia dan di akhirat. Berikanlah sahabat-sahabatku kejayaan di dunia dan di akhirat..."
Inilah doa yang aku sentiasa bacakan selepas solat dan sebagainya. Itulah yang aku inginkan: Kejayaan di dunia dan di akhirat. Apa gunanya kita hidup dalam dunia ini, kalau kita takda cita-cita. Apa gunanya hidup dalam dunia ini kalau tak ada misi untuk berjaya di dunia dan di akhirat.
Bukan sahaja dapat berjaya dalam dunia yang sementara ni, malah berjaya lagi di akhirat kelak yang selamanya, dan semoga bertempat di orang-orang yang beriman. Apa gunanya hidup hari ke sehari, sekadar ingin berseronok, ingin bergembira sentiasa. Kalau kita tiada arah tuju dalam hidup ni, tiada motivasi untuk menjadi lebih baik, maka itulah yang buat seorang itu boleh jadi tertekan dan tiada semangat untuk hidup.
Dari kecil lagi, aku banyak mempunyai cita-cita. Ketika umur 6 tahun, aku pernah teringin untuk jadi chef. Lepas beberapa bulan, daripada chef teringin pula nak jadi angkasawan. Bila aku melangkah ke sekolah rendah dan mula mengenali JK Rowling, Enid Blyton, Roald Dahl, aku berimpian pula untuk menjadi penulis. Semakin aku matang dan ke sekolah menengah, minat aku bertukar arah kepada sains, samada Biology ataupun Physics. Medicine or engineering?
Masuk PLKN pula, aku belajar tentang politik dan semangat cintakan negara dan ada bisikan hatiku untuk menjadi doktor-askar bagi berkhidmat untuk negara. Akhirnya setelah membaca kisah Tun Dr Mahathir mengenai kehidupannya sebagai doktor yang ikhlas ingin membantu dengan berdedikasi, aku telah jatuh cinta kepada medic. Tun juga membuat ku terfikir, aku juga ingin membantu orang melayu maju, membantu orang melayu ke arah mentaliti yang cemerlang.
Kini, setelah mengharungi dua tahun di Kolej Mara Banting, aku telah menambahkan pengalamanku dengan berniaga pelbagai macam benda. Pada mulanya aku menjual kerepek, yang aku namakan 'Keropok Boek'. Kemudian aku menjaja Mamee monster, Mee Sedap, dan sebagainya. Tetapi aku ada juga tersilap langkah, aku tertipu dengan "skim cepat kaya" ataupun MLM. Tapi takpe, benda tu mengajar aku sebab pengalaman adalah guru yang paling zalim. Berniaga di Bazaar mini KMB juga aku pernah, dan selepas IB, aku menjadi promoter di event jual kasut. Pengalaman ni mengajar aku untuk approach orang, talk to random people and learn business skills in promoting items.
I have a dream. Impian aku banyak sangat. Aku cemburu dengan orang-orang seperti Albert Einstein, Nicholas Tesla, Umar Abdul Aziz, Cristiano Ronaldo, Sir Alex Ferguson, and of course Prophet Muhammad S.A.W, the greatest man that one should follow and his Sahabah.
I have a dream. Aku nak jadi seorang yang hebat, yang namaku akan disebut sebagai orang yang hebat, dunia dan akhirat. Seorang yang mengubah sejarah dan menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik. Seorang yang akan memotivasikan jutaan manusia untuk ke arah yang lebih baik. Seorang yang menjadi contoh kepada kanak-kanak dan juga remaja.
I have a dream. I know that in order to achieve something, you have to put your mind into it. You have to push yourself to the limits and keep believing that you can reach your goals. Keep focused, no matter what comes in your path, push it away and keep pursuing your dreams. You have to ignore the bad-mouthing of others and the doubters. I have a dream, not only to succeed in this world and the there-after, but I want to contribute to society. I don't want to succeed alone, I want everyone to succeed with me. I want everyone to follow the path of success in order to get to our final destination in flying colours, Jannah Al-Firdaus.
I'm not perfect, I sin and I'm not what I may look like, but In Shaa Allah if we try to become better, Allah will help us. I will change, because as Mahatma Gandhi said,
Share if you think this post might be beneficial.
If you have a dream, share it in the comments and tell the world your goals :)
If you have a dream, share it in the comments and tell the world your goals :)
Wise words irfan!
ReplyDeleteWow the word that I can say is "SubhanAllah." I also have a big dream. Same with you. Memberi manfaat kepada masyarakat. If the world ask me what I want to be? The answer is I want to be an astronaut. Astronomi yang tak perlu sampai ke Bulan. Cukup mengkaji ciptaan Allah di bumi berdasarkan al-Quran dan hadis. BTW, Allah yuftah alaikum bro. May Allah bless you always. :)
ReplyDelete