Beza sistem kewangan Fiat vs Bitcoin
Kelmarin kita dikejutkan dengan berita Security Commisions Malaysia akan mengharamkan Binance di negara ini. Perkara ini membuat ramai penggemar kripto mengamuk, sebab Binance merupakan exchange yang paling accessible di Malaysia. Tetapi kenapa Binance begitu popular? Kenapa asset kripto menjadi gilaan ramai sekarang? Apa beza matawang kripto dan wang kertas seperti Ringgit Malaysia? Ianya semua bermula dari Bitcoin. Pada era digitalisasi ini, kemaraan matawang kripto semakin merancak apabila harga Bitcoin mencanak sehingga 60K USD pada Mei yang lalu sebelum jatuh 50% dan kini semakin pulih. Bitcoin merupakan aset digital yang baru diperkenalkan pada tahun 2009 selepas 2008 housing market crash di Amerika yang menyebabkan krisis kewangan dunia. Di dalam kewangan tradisional, wang kita disimpan di dalam bank. Wang tersebut dibawah fractional reserve banking system akan diberi kepada orang lain sebagai hutang. Bank juga akan menggunakan wang kita untuk melabur pada asset2 lain un...