Beza sistem kewangan Fiat vs Bitcoin
Kelmarin kita dikejutkan dengan berita Security Commisions Malaysia akan mengharamkan Binance di negara ini. Perkara ini membuat ramai penggemar kripto mengamuk, sebab Binance merupakan exchange yang paling accessible di Malaysia. Tetapi kenapa Binance begitu popular? Kenapa asset kripto menjadi gilaan ramai sekarang? Apa beza matawang kripto dan wang kertas seperti Ringgit Malaysia? Ianya semua bermula dari Bitcoin.
Pada era digitalisasi ini, kemaraan matawang kripto semakin merancak apabila harga Bitcoin mencanak sehingga 60K USD pada Mei yang lalu sebelum jatuh 50% dan kini semakin pulih. Bitcoin merupakan aset digital yang baru diperkenalkan pada tahun 2009 selepas 2008 housing market crash di Amerika yang menyebabkan krisis kewangan dunia.
Di dalam kewangan tradisional, wang kita disimpan di dalam bank. Wang tersebut dibawah fractional reserve banking system akan diberi kepada orang lain sebagai hutang. Bank juga akan menggunakan wang kita untuk melabur pada asset2 lain untuk keuntungan mereka. Tapi apa yang berlaku jika bank cuai dengan wang yang diamanahkan? Itulah yang berlaku pada 2008.
Kalau anda tengok filem The Big Short yang dibintangi oleh Christian Bale dan Steve Carrell, bank2 US telah melakukan banyak pelaburan teruk ke dalam housing market yang dianggap tidak akan gagal ketika itu. Harga rumah kian meningkat dan bank mudah memberi pinjaman kepada orang ramai untuk membeli rumah. Akhirnya ramai default hutang mereka dan market itu runtuh. Banyak bank yang bankrup dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan- iaitu duit pembayar cukai!
Krisis ekonomi itu menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai kerana menganggap wang kita tidak selamat di dalam bank. Bukan sahaja wang kita boleh lesap disebabkan kecuaian orang tengah, tetapi kegagalan bank mengakibatkan government bail out di mana lebih banyak wang akan dicetak dan akan berlaku inflasi. Lebihan wang di dalam pasaran berbanding produk akan merendahkan nilai wang tersebut.
Whitepaper atau kertas kerja Bitcoin asalnya dicipta oleh Satoshi Nakamoto, sebuah identiti rahsia, sama ada ia adalah seorang individu ataupun sekumpulan individu yang bekerjasama membina projek Bitcoin. Kertas itu dikongsi di dalam forum peminat 'kriptografi' dan bertajuk "Bitcoin: A peer-to-Peer Electronic Cash System". Jelas dari nama, Bitcoin adalah sistem kewangan yang membuatkan orang tengah (bank) itu tidak diperlukan.
Bitcoin adalah wang yang telah 'dikodkan' ataupun 'engineered money' yang tertulis pada kod 'open source' yang boleh dilihat dan ditambah baik oleh orang ramai. Dalam kod tersebut, hanya akan ada 21,000,000 Bitcoin sahaja yang akan ada di dalam pusaran selamanya. Bitcoin boleh didapati dengan cara 'mining' sebagaimana orang menggali emas, Bitcoin juga boleh 'digali' menggunakan komputer.
'Miner' Bitcoin perlu menyediakan tenaga komputing yang tinggi untuk mendapatkan lebih Bitcoin. Modal diperlukan untuk mendapatkan Bitcoin, sama juga seperti modal diperlukan untuk gali emas. 'Miners' ini akan menyelesaikan transaksi Bitcoin yang berlaku dan data transaksi akan ada pada setiap komputer yang ada pada rangkaian Bitcoin. Oleh itu, Bitcoin dikatakan 'Decentralized' berbanding bank yang 'centralized'.
Bitcoin juga memberi insentif kepada miners terawal dengan memberi 50 Bitcoin bagi setiap 10 minit asalnya, namun kuantiti itu akan dipotong sebanyak separuh setiap 4 tahun. Itu dinamakan 'halving cycle'. Disebabkan oleh halving cycle, harga Bitcoin akan sentiasa meningkat sebab supply yang berkurang di samping Bitcoin itu terhad kepada 21J sahaja. Ini menunjukkan Bitcoin itu deflationary berbanding wang fiat yang inflationary.
Wang Fiat yang bebas untuk dicetak 'out of thin air' semenjak pemisahan USD dengan emas pada tahun 1973 oleh Presiden Nixon, adalah pemegang nilai yang lemah. Jika setiap tahun berlaku inflasi sebanyak 5%, bermaksud wang anda hilang nilai sebanyak 5%. Perkara ini tidak berlaku kepada Bitcoin yang memang telah dicipta untuk harganya kekal meningkat, setelah permintaan juga yang semakin meningkat di samping bekalan yang berkurangan.
Jika inflasi tidak dikawal dan kerajaan terus mencetak wang, maka boleh berlaku fenomena dipanggil 'hyperinflation' di mana mata wang hampir hilang nilainya. Perkara ini berlaku di Zimbabwe dan Venezuela di mana matawang mereka mencecah trillion tetapi hanya boleh membeli barang dapur. Matawang Fiat juga kerap gagal dalam sejarah dan banyak yang lesap contoh matawang El-Salvador Kolon.
Kini kita boleh lihat bagaimana banyak syarikat mula menceburi dunia kripto dengan melabur kepada Bitcoin seperti yang ternama sekali Tesla dan Microstrategy. Michael Saylor CEO kepada Microstrategy sangat yakin kepada Bitcoin, dia telah meletak wang syarikatnya sebanyak $489 juta untuk 13,005 Bitcoin dan dia kata dia akan beli lagi....
Kegilaan orang ramai termasuk Billionaire seperti Elon musk, Michael Saylor, dan juga Robert Kiyosaki ini tidaklah aneh kerana mereka dapat lihat apa nilai yang ada pada Bitcoin. Tidak dilupakan juga bilis2 macam saya, ramai kini sedar dengan kelemahan sistem kewangan yang sedia ada dan dunia sekarang sedang berubah sebagaimana berlakunya industrial revolution, kini adalah digital revolution.
Bitcoin adalah 'internet of money'. Pada 1990, hanya tech geek sahaja yang menggunakan internet dan kini 30 tahun kemudian internet itu ibarat keperluan kehidupan. Music, buku, pendidikan, tv sekarang semua digital, mengapa tidak wang? Bitcoin kini hanya 12 tahun umurnya dan tidak lama lagi sistem kewangan dunia mungkin beralih kepada sistem yang lebih efisien.
Kita tidak lagi perlu orang tengah (bank) yang akan ambil duit kita dan gunakan untuk menghasilkan hutan. Kita juga tidak perlu bayar yuran yang tak masuk akal untuk menghantar wang ke luar negara. Banyak GDP negara seperti El-salvador, Cuba bergantung kepada wang hantaran dari US dan mereka dikenakan cas sehingga 20% untuk hantar wang! Dengan Bitcoin, yurannya hampir percuma dan wang boleh dihantar sepantas e-mail.
Dengan penumbuhan matawang kripto ibarat cendawan selepas hujan, bank dan juga kerajaan akaan meneliti perkembangan wang digital ini dan mungkin akan sedikit risau sebab kripto boleh membunuh industri bank dan menghilangkan kuasa kerajaan dan bank terhadap duit. Kuasa kewangan akan dikembalikan semula kepada pengguna dengan wang sebenar yang tidak hilang nilainya.
"Bitcoin is digital Real Estate" kata Michael Saylor. Membeli Bitcoin ibarat membeli lot tanah di Manhattan Square. Harganya hanya akan naik dan naik. Bukan untuk masa sebulan ataupun setahun. Tetapi beribu tahun pun boleh. Sebab itulah anda semua kena #BuyBitcoin
Wow nice!
ReplyDeleteBetway Sign Up New Account | Verification, Bonuses and 다파벳 다파벳 우리카지노 쿠폰 우리카지노 쿠폰 980Winstar 2021 Casino Review
ReplyDelete