Nov 30, 2012

Those SABDA moments :)

Assalamualaikum :)

This is it. MERDEKA ! haha.
lol, benda dah lama berlalu baru aku nak isytiharkan?
Suka hati aku lah, blog aku kan :p Jadi what's up Irfan ?
How is life faring after SPM ? Have you a plan on your future ?
Dah jumpa calon bini belum? Cadang nak berapa anak dengan isteri kedua?
Wowhh wowhh, hold your horses duudee.

Baru habis SPM bang, bukannya apa pun. Apa sangatlah MERDEKA,
yang berbuih-buih di mulut setiap lepasan SPM ini sebenarnya ?
Ibarat keluar mulut buaya, masuk kandang harimau.
Sebenarnya kita hanya dapat meloloskan diri daripada satu penjara,
kepada satu penjara yang lain. Dan kita hanya akan bebas,
apabila kita dapat menjejakkan kaki di syurga ALLAH SWT.

wah wah, Irfan ni, mentang2 bukan budak sekolah,
ayat pembuka kata bagaikan penceramah bebas pula kan?
Haha. biasalah. Saya bukan budak sekolah lagi nak buat ayat tak matang :p
Baiklah, kita abaikan keseriusan saya sebentar tadi.
Longgar-longgarkan sendi, dan evakasikanlah liang kentut anda.
Bacalah apa yang ingin ku perkatakan mengenai SABDA dengan tenang :)

SEKOLAH MENENGAH SAINS BAGAN DATOH.
Wah. Sungguh gah bunyinya pertama kali ku mengenali sekolah ini.
Namun persoalan pertama yang menyentap diriku, Bagan Datoh?
Bandar zombi mana pulak Bagan Datoh ni ?
Haha. Bukan aku sorang kot, mungkin 8 daripada 10 pelajar Sabda
pernah terfikir sebegitu sekali dalam hidup mereka.
Kini tidak lagi ! Setelah dua tahun menetap di Bagan Datoh,
Baru ku tahu yang tempat ini merupakan tempat yang panas tenang :p

Okay, serious lari topik. Dah dah, straight to the point !
Aku sebenarnya nak cerita perkara yang aku sangat suka di SABDA. Oke.


1. STUDYING !
Study! Itulah sebabnya aku masuk asrama kan? Untuk belajar.
Bukan untuk bercinta, bukan untuk cari bini, bukan untuk pukul budak. Tapi belajar!
Dan saya tak tipu ( pernah ke saya tipu), bahawa belajar di SABDA sangat seronok.
Entahlah, mungkin kalau kita NAK belajar, nanti keseronokan itu akan datang kot.
Sebelum SPM kan, setiap malam aku dan kawan2 akan stay up.
Mancuh kopi, makan kopiko, pasang radio, turunkan tilam.
ANYTHING. Asalkan tak tertidur. Then tukar tactic pulak Tidur dulu,
then bangun pukul 3.30, qiam dan study. It was really cool.
Baru kita rasa yang kita telah bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu :)

Wah wah. You see, Irfan study. Sifu addmaths tido !
Classmates. study room :D




2. BASUH BAJU.
Seriously, siapa yang tak suka basuh baju? Why not man?
It's got to be the best thing about hostel life! Please tell me, 
what is more fun then all the wetness of scrubbing and splashing of water..
With the hydrophobic head and hydrophillic tails of the soap..
With the lovely sweet smell of detergent running through your nostrils.
Kalau korang tak suka basuh baju... Seriously. WHAT IS WRONG WITH YOU?
( Oke, nombor dua ni fake gila. hahaha )

Seriously. aku posing je ni. Siap panggil kawan suruh amek gambar :D



3. TEACHERS !
I think I've touched this point in my blog before.
The teachers in SABDA are kinda awesome :) Really unique.
As an example, ada satu cikgu ni saaangaat baik (Ustaz Mad) 
Ada juga yang sangat garang ! (Ustaz Mad) Pelik ade jugak (Ustaz Mad)
Dan ade satu cikgu ni, dye sangat penyayang. Selalu bagi kitorang kesenangan (Ustaz Mad)
Haha. Ada cikgu comeel (Cg. Meme), ada cikgu cantik (Cg. Eva) 
Ada yang handsome (Cg. Malek) And ramai yang cool ! (Mr. Nash)
They've all taught me something in life, and I appreciate all teachers of mine :)


Mr. Mazlyy, my beloved addmaths teacher. Too lazy to rotate :p


Miss Meme :) She's been featured in this blog way to often :p


Okay I have a lot more to say, tapi malas la na sumbat semua.
I'll continue later okay :D

ADIOS

#p.s. I've fixed the follow button and really appreciate those who follow me :)
# I've been extremely busy this week with my friends
# Esok keluar stadium, Malaysia vs Indonesia :D

Nov 9, 2012

Nak tengok wayang !

2 minggu yang lalu :
" Weh, balik nanti kita tengok wayang nak? "
" Jom! Cerita apa yang best sekarang? "
" Err SILENT HILL ? Macam awesomee je "


Maka pagi tadi, saya dan 5 orang rakan lain pun sampai di Puduraya,
Lepas solat semua, kami terus pergi ke Times Square untuk tengok wayang,
al maklumlah, merdeka kecil lah katakan. Ada break SPM ni,
ingat nak release tension sikit kan. Otak da serabut jawab exam harituu..

Jadi sampai lah kami di kaunter tiket ! Oke. Akak ni muka...
Cantik ! Adelah seiras juga dengan Diana Daniellee.. punye cleaner.
Oke aku jahat. Beauty is only skin deep, so I won't judge a book by its cover.
Akak ni baik kott.. Tapi kan, cara layanan akak ni buatkan aku rasa seperti,
Orang macam beliau lah yang menjadi cabaran ke-10 negara untuk mencapai wawasan 2020!
Menyirap, menyoren, memiloo aku dengan beliau, semua ada.
Tapi takpee, we got our tickets.. 3D pulak ! huhu. excited jee saya :3

Na tengok wayang ! 

Jadi pukul 4 geraklah kami ke gate wayang. Humph nak masuk ni !
Dengan bergayanya, aku pun menyerahkan tiket ku dan rakan2 kepada penjaga.
" Lalu sini, kami nak check umur 18 tahun ye. "
.
.
.


errrrr- habishabishabishabishabishabis....
habis laa kiteeeee. err macamana ni? Kitorang belum 18!
Takpe takpee, buat muka cool je. Muka kau matang, jangan risau.
Tengok laa muka ni, matang kan :


Buat jee muka macamni, dye mesti percaya aku 18.
Nak kata apee kat akak ni? Dye ni cun pulak, hadushh. malu malu.

" Err ta bawak IC la kak, tertinggal. hehe " Jawab rakan ku sambil tersengih.
Yang lain pun mula la terkial-kial meraba satu badan bajet na cari IC je kann.
Jadi aku sebagai 'hero' ingin menyelamatkan keadaan.
Aku fikir akak ni oke la kut, kita berapa bulan je lagi na masuk umur kan.
Aku pun dengan yakinnya mengeluarkan slip SPM aku. YES. SLIP SPM.

Terus dye melihat lalu menjawab 
" 95, memang tak boleh lahh, "
Aku pulakk mase tuu dah macam...






Serious menggigil. Rakan akak tu pulak, badan tough macam bouncer.
Tapi aku lagi tough lah. Ingin sahaja aku menumbuk beliau, tapi takut dia sakit.
Dunia aku runtuh di hadapan mata aku sendiri. Tidakku sangka dunia begitu kejam.
Hatiku ibarat dipecah belahkan berkali-kali ganda. Ini tidak adil !
Tidak pernah ku berasa begitu kecewa dalam hidupku..
Putus cinta pun tidak seperit ini, aku teringin na tengok wayang !



- FIN -

Assalamualaikum :)

Begitulah cerita tragisku pada hari ini.
Yelah, awak nak SPM sebuk pula na tengok wayang kan.
Takpelah, takde rezeki. burn je RM14. Tapi lepas tu karaoke,
jerit sampai pecah jugak laa speaker karaoke tu. Seronok :D

BYE !

About Me

My photo
Medical student, University College Dublin, Ireland.

Like di sini :D

Followers