Mar 26, 2013

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.

Assalamualaikum and good evening :)


Wow. Irfan update blog dia dua kali dalam masa dua hari!
Teruja nya sayaaaa ZOMG xD Oh well. Memandangkan post semalam dapat sambutan,
Saya pun merasakan yang patut jika saya post harini juga.
Lagi satu. BOSAAAAN! Bosan sangat! Nak keluar, tak tau nak ke mana.
Kawan kerja lah, itu lah. Abah kerja jadi memang tak bercuti.
Cuaca dahla panas. Nasib baik aku ni lelaki. Boleh blogging tak berbaju xP
wooo. haha. Jadi apa yang saya nak ceritakan kepada awak-awak harini?
Well. Saya baru teringat, tak pernah kan saya cerita pengalaman di PLKN?
Jadi harini saya akan menulis berkisarkan pengalaman saya selama dua bulan lebih itu :)

Oh lagi satu. Saya juga dedikasikan post ini kepada rakan yang baru nak masuk
kem PLKN masing-masing bagi panggilan ke-dua minggu depan.
Jadi sebelum kalian semua memasuki dunia PLKN, saya akan dedahkan kepada
kalian mengenai kehidupan di PLKN agar kalian lebih bersedia dengan apa yang bakal dirasai.



Jadi APAKAH itu PLKN? Program Latihan Khidmat Negara mungkin?
SALAH. Orang kata, PLKN ni Pintu Laluan Ke Neraka. Orang kata lah.
Tapi manusia kata PLKN ni Penat Lelah Kerana Najib. Jadi macamane? Coki coki?
Mana yang korang sanggup terima? Korang tau tak apa yang kita buat kat kem tu?
Kalau korang dah bersedia untuk terima kenyataan ni, PLKN bukan Pintu Laluan Ke Neraka..
Tetapi memang dah macam neraka !

Awak tau tak yang gambar orang dekat kem senyum-senyum semua tu DUSTA !
TIPU ! FAKE ! PALSU ! GAY ! HOMO ! LOVE IS CINTA ! okay dah lari topik.
Tetapi what the hell man?! Awak tengok tak iklan pencuci baju kat tv tu?
Alaa yang keluar bas PLKN tu lepas tu tiba2 cerita pasal pencuci serbuk BOOM! tu.
Haa yang tu pun tipu jugak sebab mana ada kena basuh baju dekat kem, Ada dobi la -.-

Iklan daripada penaja

Jadi kenapa saya PLKN ni neraka? MESTILA. Meh saya dedahkan segala-galanya.
Dekat PLKN kena bangun pukul 3 pagi. Setiap hari. Seriously. (omg it rhymes ! )
haha. Awak bayangkan setiap pagi awak tidur tengah lena sambil melelehkan air liur,
Jurulatih (JL) akan masuk dorm kejut korang! Kalau kejut macam :
" Irfaaan, bangun fan. Dah pagi dah ni. Bangunlaa " Dengan suara Rozita Che Wan takpe!
Tapi korang nak tau tak mereka kejut macamane? Korang tau tak M16 tu ape?
Haa. yelahh. Kan orang kata kalau nak senang bangun, kejut kat ibu jari kaki.
Jadi JL semua cara kejut budak, tembak jelaa ibu jari kaki pakai M16.
Sebab tu lah ramai budak masuk medik alasan cekam. Padahal kena tembak. Serious.

Kalau dia ni kejut bisik pun aku terjaga xD

Kemudian kalau korang tau, PLKN kan sinonim dengan berkawad kan. Orang selalu tanya,
" Selalu tak korang kawad " ohh ape la soalan. Mane ade selaluuu. SETIAP HARI ADALAH.
Itu yang hitam legam macam bontot kuali kat dapur rumah korang jadinya muka aku.
Kalau kawad biasa takpe. Ni kena kawad sambil pakai baju berat macam Rock Lee tu.
Kalau yang extreme sikit pakai cengkerang macam cerita Dragonball tu.
Sebab tu laa lepas keluar PLKN masing-masing sador ( Termasuk aku )
Kau bayangkan kalau silap kena pumping knuckle atas tar tengah panas, dengan pemberat.
Memang gilaa barbieee la training beliau, wa caya samaaa luuuu.

Kawad pakai cengkerang tu.

Jadi apa lagi eh teruk PLKN tuu? Haa baru aku ingat. MAKANAN.
Makanan dia kan macam lakhanat campur kerbau. Jadilah lahabau.
Kalau breakfast standard roti gardenia dengan telur mata lembu jee. Tapi luch dia extreme.
Kadang-kadang ular masak lemak, kadang-kadang tikus sambal! Kalau nasib baik,
dapat babi hutan roast. Pergghh memang terliur wa citer, tapi memang tak makan la sebab haram.
JL kata, dorang bagi makanan camtu sebab dekat hutan susah na cari ikan, ayam.
Serious merepek. Jadi ayam hutan tu natang ape kann? Ish ish.

errr tengok pon nak termuntah -.-

Err ape lagi haa keterukan dan keseraman PLKN ni.. ermmm. Haa potong rambut.
Ya Allah... Aku tak sanggup cerita pasal ni. Diorang akan potong rambut lelaki.
Sampaaai botak ._.

Tapi kann, sebenarnya. Korang semua kena gamee!! 
HAHAHA



*krik krik*

err. kena game tu kira macam kena tipu laa.. err haha. alaa. kena pancing?
anyone?

#HAMBAR

Okaylah rakan-rakan sekalian. Sebenarnya kan, segala-gala yang saya cerita 
dekat atas itu tadi, semuanya pembohongan dan pendustaan belaka laah.
Kecuali yang makanan tu. Betul lah diorang bagi ular, tikus, cicak. okie jk.
But seriously. Apa yang korang fikir teruk-teruk pasal PLKN itu semua tidak benar.
Bagi saya, PLKN ni satu medium yang telah mengubah saya sebagai seorang remaja
dari segi sosial mahupun fizikal dan juga jati diri saya :)

Di PLKN, jurulatih semua baik! Confirm. Mereka selalu ambil kisah pasal korang,
dan mereka takkan dera lah korang teruk-teruk. Paling teruk pun kena pumping 10 kot.
Aku dulu pernah kena rendam tasik sebab main kejar2 itik xD
Tapi itu pun buat sambil gelak-gelak je. Sebab JL semua baik lah ! jangan risau :)

Yang pasal kawad itu pun tipu jee. Memang la kena kawad setiap hari, perhimpunan pagi.
Then kalau nak ke mana-mana SEPATUTNYA berkawad. Itu jelah!
Dan bangun tidur pun pukul 5 kalau awak nak mandi. Kalau macam saya ni,
mandi qada' masa tengah hari bangun pukul 5.40 pun takpe :p haha

Selain dari itu, dekat PLKN kita bukan sahaja berkawad, menembak dan flying fox je.
Ada kelas Character Building, Kenegeraan. Nanti kita akan belajar macam-macam,
about how to communicate with others, how to be content with ourselves.
Kita akan belajar berjuggle macam badut dan kita juga mungkin belajar menari !
Kita belajar bagaimana untuk cintakan negara dan kita juga belajar survival.
All in all, kalau masuk Program Latihan Khidmat Negara memang dapat banyak ilmu :)

Semua happy kaan. tak mati pun kann. takde lebam pun kaan.

For me, I give PLKN 7/10 stars. It was fun, and it was memorable. It was OKAY :)
Kepada awak-awak yang kecewa dapat masuk PLKN, yang rasa macam nak bunuh diri tu.
Jangan. Kalau nak bunuh diri, rasai dulu PLKN macamane tau!
Saya pun rasa diri saya berubah sedikit selepas graduate PLKN ni *woah graduate :p
Saya lebih cintakan Malaysia, dan azam saya nak jadi seorang doktor lebih kukuh.
Thank you PLKN :D

So just disregard what I said about PLKN earlier. It was a lie okay!
Jangan marah saya, saya hanya bergurau ye. Ala awak bergurau pun tak boleh,
pegi mati lah :p okay tu jahat. Jangan mati. Pergila hidup :)
Jadi kepada mereka yang bakal masuk PLKN, dont worry. Be crazy.
Enjoy every experience in camp, and take it as a valuable experience okay.
Jangan risau lah, dah ramai masuk kem tu tak mati pun. Tak jadi gila pun.
Paling teruk pun jadi kurang waras macam aku. Tapi takpelah kan. Aku handsome :p

Botak pun handsome budak ni =="

Well that is all from me tonight, I hope you enjoyed the boring post !
And my final words : Good luck in PLKN :)


THANKS FOR READING ! :D

*Saya bosan laaa. Siapa nak ajak saya keluar? xD


Mar 25, 2013

Studying tips by Irfanfonfun :)

Assalamualaikum and good evening :)

Dah lama kan saya tak update? Last update masa cuti PLKN tu.

" Kenapa Ifan tak update haa? Jahatnya diaa. Kita nak baca blog dia :( "


Yee yee saya tahu awak, awak dan awak semua setiap hari menghitung saat,
menggigit kuku, mengorek hidung, menggaru ketiak menantikan aku update blog.
Tapi seribu satu kemaafan saya pinta sebab saya amat sibuk. Sibuk melepak xD

Nampak tak kesibukan aku.

Ahaha. Al-maklong lah. Fasa penantian universiti ni, takde kerja.
Setiap hari baca komik, keluar jumpa kawan, apply itu ini. Na belajar bawak kereta.
Banyak lagi lah yang perlu aku selesaikan sebelum sambung belajar.
Jadi saya harap awak semua faham keadaan saya dan terima kenyataan ye.
Jangan lah sedih sangat :p *Okay perenggan ni sumpah perasan*

Jadi Alhamdulillah baru2 ni Irfan Nukman (nama sebenar) atau lebih dikenali sebagai
irfanfonfun (nama gedik) ataupun ifaan (nama manja) ataupun monyet (nama haiwan)
telah mendapat keputusan SPM beliau. Syukur kepada Allah, Irfan ni dapat 
keputusan yang memuaskan, boleh lah nak hidup kaann.
Tetapi kecemerlangan keputusan tu tidak utama pun, yang penting keberkatan
keputusan SPM kita tu. Maksud saya, apa gunanya keputusan cemerlang bilaa gaagi ah
tapi masuk mana-mana U pun tak lepas? Maksudnya tak berkat lah tu :)


Alhamdulillah, fine results. Tetapi berkat atau tidak, WallahuAlam :)

Jadi ramai jugak yang tanya aku: 
"Ifan, aku tengok kau main banyak tapi result gempak. Kau meniru eh?"
"Weh apa rahsia kau cemerlang? Aku tengok kau study macam biasa saje"
And things like this. First of all, result saya takdelah gempak mana, sekadar
berpatutan dengan usaha yang telah aku lakukan untuk peperiksaan SPM ni.
So harini saya nak bagi satu tips belajar agar adik2 saya yang bakal ambil peperiksaan ni,
dapat belajar dengan lebih efektif sekaligus mencapai kejayaan dalam setiap pembelajaran ^^


Well tonight I'll present you with one piece of advice, and if you take it at heart,
Your studying will surely be more effective and efficient. So to be a good student,
All that you really need and all that you should do is :

HAVE FUN !
EASY RIGHT ?

Kalian selalu tak dengar pelajar sekarang selalu mengomel :
" Malas laa belajar. Bosaaan. Nak lepak, tido, tengok tv, online! "
Jadi sudah jelas lagi nyata bahawa mentaliti pelajar sekarang memang menganggap
belajar itu sebagai sesuatu yang membosankan ataupun membebankan.
Jadi penyelesaiannya adalah dengan mengubah mentaliti kita. Mudah bukan?
Anggaplah belajar itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Ituu ajee ^^


Jadi macamane nak berseronok sambil belajar? Hurmm. Itu semua psikologi lah.
Kalau awak dah tetapkan yang awak nak belajar, dan awak kata dalam hati:
" Eh seronok lah belajar, dapat tahu itu, dapat tahu ini !"
Lepas kita dah berfikiran begitu, maka kita pun akan lebih mudah untuk belajar,
dan juga lebih mudah untuk menerima apa yang telah dipelajari.


Bila belajar pun senyum. Comel pulak tu! =="

Selain itu, kalau nak seronok belajar kenalah menyediakan suasana yang seronok!
Kalau aku lah kan, belajar seorang diri dalam kesunyian. Seriously 10 minit then pengsan.
Tak tahulah dengan korang, but that is not my way. Kalau aku nak study,
mesti dengan kawan jadi kalau penat boleh buat lawak dengan dorang, support dorang.
And kalau study maths/addmaths kena dengar lagu baru rasa semangat!
Tapi kalau awak tengah study subjek yang menghafal tu. tokseh lerr. Nanti tak masuk!

Lagi satu, masa dekat asrama dulu kan, saya dan rakan selalu study sambil pasang radio.
Jadi kalau bosan atau mengantuk, berhentilah sekejap untuk rehat, then do something fun.
Likeeee DANCING !! Aku haritu tengah study, tiba-tiba keluar lagu Diamond.
Terus aku bangun, terus menari macam Kanye West. Seriously.
Tapi memang hilang laa kebosanan dan terus tak mengantuk. 
Junior tengok pun buat muke sememe jee. Aku wat lek jelaa. Hidup aku kan :p


Ni pukul 3 pagi belajar dengan Faris :)

Lagi satu, kalau lah korang ada pasangan kekasih lah katakan. Teman istimewa kee.
Sesiapa jelah. Korang kenalah saling bantu-membantu! Apa gunanya kawan tu kan.
Kalau dah malam-malam tu dia tertidur sambil belajar, awak mesejlaa suruh bangun.
Kuatkan semangat, belajar lagi! Ataupun pukul 4 pagi awak terbangun kee,
Awak mesej lah si dia suruh bangun Qiamullail pastu belajar terus. Kan kann !
Barulah boleh berjaya sama-sama. Ni kalau gagal sama-sama baik tak payah.


What else? Ermm. Just enjoy the moment. Grasp the feel of happiness.
Think of the joy you'll receive when you reap awesome results.
Live every second of your studying and remember the feeling of it.
REJOICE ! Love knowledge and you'll bound to receive it :)
And THAT is how you can have fun while studying :)

Satu cerita bonus untuk awak semua. Awak tahu takk, dalam dua bulan sebelum SPM
memang masa tu saya push habis la dalam studies. Tidur dikurangkan, main dikurangkan,
belajar dilebihkan. Kalau tidur pukul 11, pukul 4 bangun untuk belajar.
Kadang-kadang kalau nak berjaga, pukul 4 baru bangun. SERONOK!
Tak tipu. Perasaan masa tu rasa gembira sebab saya berseronok masa saya belajar :)
Dalam satu malam minum air white coffee sampai dua cawan, and then
gula-gula kopiko white coffee pun bersepah atas meja. Dengan radio lagi.
Yang paling seronok kan, saya tak study seorang diri tetapi saya study dengan kawan,
dengan Natasha. Saya text dia suruh study, and we supported each other ^^

That is all from me. I hope you take note of my advice and from this forth onwards,
try to have fun when studying in order to reap more results from your efforts :)
Maybe I'll post more tips in the future, but until then.
Good luck everyone !

THANKS FOR READING :D

*Btw, saya teringin sangat na bagi motivational talk dekat sesiapa lah.
Kalau boleh nak pegi SABDA bagi motivational talk dekat form 5 tahun ni.
Kalau ada mana-mana cikgu baca blog saya ni, dan kalau berminat dengan perkhidmatan
yang saya tawarkan secara percuma ni, jemputlah saya ke SABDA yee :D haahaa.

*Lastly lupa nak bagitau. Another way to have fun while studying is... PICTURES!
Awak nampak tak saya banyak amek gambar masa tengah study?
Sebab seronok. Kita ingat kenangan kita masa tengah belajar tu. Cuba korang try test ^^


Tengok gambar lagi ^^ haha

About Me

My photo
Medical student, University College Dublin, Ireland.

Like di sini :D

Followers