Weh malam ni pakai baju apa ?

" Dude, malam ni ko pakai baju ape ? "
" Entahlaa, tengok la dulu. Eh, baju kau free tak? "
" Entah, nape, ko na pinjam ke? Abestu aku na pakai ape? "
" Pakai BAJU laaa, duhh"



Assalamualaikum W.B.T

Arigato wazaimas, konichiwa, sasuke, kurosaki ichigo, uzumaki naruto.
Ni hao ma, wo aini, I love you, cececinta, honda, kawasaki panasonic.
Semalam kisah budak asrama yang suka bertanya mengenai DM,
Harini kisah budak asrama yang mempunyai masalah negara...

NAK PAKAI BAJU APAAAAA ?!!

Tidak boleh dinafikan lagi, masalah pakaian telah menjadi masalah utama pelajar SABDA,
memecut masalah2 lain seperti masalah cinta, masalah pelajaran, masalah agama dll.
Seperti pelajar SABDA sedia maklum, prep malam pakaian formal.
Iaitu samada berkemeja/ batik dan seluar slack, ataupun baju melayu- LENGKAP.

Tuck in duuudee

Pada awalnya, aku tengok apeeke peleek dah sabda nih, 
malam2 pakai kemeja. Bukannya ada apa pun, nak study je untuk prep.
Tapi lama kelamaan, it grows on you and all you want to do is look awesome!
Maka budak2 bijak pandai ni pun kadang-kala niat dah melencong lahh.
Nak pegi prep kena bergaya, baru awek usya ye dok? 

Baju kalau tak fit, apeee baraaaang? Kena lah fit, baru nampak tough.
Badan keding mana pon macam Irfan Nukman baju tetap sendat !
Maka bermulalah budaya yang mampu mengeratkan hubungan kelamin silaturrahim,
Iaitu budaya pinjam meminjam bajuuu !

Bayangkan situasi ni ehh:
Korang tengah solat. Time solat tu pandang depan, pastu usya baju mamat nih.
Perghh, kacak bergaya kau memang tembam. Baju dye mampu membuat gadis histeria!
Maka korang pon akan buat mental note untuk pinjam baju tuh.

Petang esoknya, ketika semua bersiap nak maghrib,
korang pon akan buat muka tebal dan pergi jumpa mamat baju style tuh.
Yang kelakarnya, sebelum tu tak pernah tegur, tapi untuk BAJU !
Korang akan sanggup untuk menambah sahabat, betul dok ?

Aku tak pernah buat macam tu... PENIPU ! haha.
Yelah, aku buat jugak. Biasalaa kan, dak asrama. Tapi yang mengghairahkannya,
kadang2 ada baju kemeja ni, jadi baju wakaf. Semua orang boleh pakai,
dan tuannya pun sudah tidak diketahui. Bukan itu sahaja !
Baju itu juga tidak pernah dibasuh, sebaaab- siapa nak basuh baju yg bukan miliknya?
Maka kita pun boleh melihat tumbuh-tumbuhan indah di kollar baju tersebut :)

Sebagai kata akhir, aku menasihatkan peminjam-peminjam tegar ini untuk berhati-hati,
Jangan sampai satu badan kena kudis sudah, oh ye. Kalau boleh,
Baju sekolah pun elak untuk pinjam yee, dekat baju sekolah paling banyak peluh !

Akhir kalam... 

AKU NAK PAKAI BAJU APA ESOKK ?!

Trimas kerana membaca :D


Comments

Popular posts from this blog

Barang yang kerap hilang di asrama.

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.