Baju aku memang begitu!

" AWE ! "( Nama panggilan aku )
" Hang jujuk kat aku dah bapa lama hang tak basuh baju"
Erk- soalan cepumas! Ape dye ni, takde soalan lain ke yang boleh ditanya,
sekarang aku nak jawab apa ni nak jawab apaaa?! Haa! Aku tau ! 
"Aku memang tak basuh baju laa, aku hantar dobi je"

Fuhh nasib baik otak aku ni pantas. Bijak mencari idea. Dahla kacak, bergaya pulak tu.

"Eh Awe asal aku tengok belakang collar kau tu hitaam je. Daki eahh"
Seorang lagi kawan perempuanku bertanya mengenai baju aku.
SHOOT. Ape dia ni, usyar collar aku buat apa?! 
Haih, harini tak berhenti soalan cepumas menghala kepadaku.
Tetapi jangan risau, otak jahat aku ni dah dapat jawapan !

"Duhh, memangla hitam, aku beli jenis baju sekolah collar hitam. Kau tau apa?"
"Eleh kau jangan nak tipu aku lah, aku ada 6 abang lelaki -
* jap, abang mestilah lelaki kan?*
Dengan lagi sorang adik lelaki, mestila aku tau ! "
"Yelah, dorang pakai jenama Dapper, Gucci semua, aku beli tepi jalan je!"
" Eleh jangan nak tipulah, ingat aku tak tau kau tak pernah basuh baju? "



" Erk-" *terdiam


Assalamualaikum :]

Begitulah perbualan yang telah berlangsung antara aku dan rakan sekelasku,
yang merupakan perempuan-perempuan yang agak tertarik dengan pakaianku.
Entah mengapa, tetapi persoalan bahawa adakah baju aku dibasuh ataupun tidak,
kerap menjadi perbualan kami.

Baiklah, sebelum anda membuat andaian yang tak pasti,
biar saya terangkan dahulu bahawa benar, lama sungguh aku tidak basuh baju.
Hal ini kerana memang aku hantar dobi, tetapi bukan atas nama aku.
Tetapi aku selitkan bajuku di dalam bekas dobi sahabatku,
sebab baju yang aku basuh pun biasanya baju sekolahku sahaja.

Tetapi apa yang aku hairan adalah mengapa mereka mahu tahu mengenai bajuku?
Adakah aneh apabila seseorang itu tidak membasuh baju?
Sejujurnya aku ni rajin. Cuma aku malas basuh baju. Eh macamana tu?
Ye lah, baju tak kotor buat apa basuh tak? Itu lah logik aku.
Bau tidak, kotor pun tidak. Kalau kotor lain lah cerita, mestilah nak basuh.
Tetapi selagi baju tu putih, pakailah sampai bila-bila pun tak apa !

Bersih lagi ni, boleh pakai lagi !

Oh lagi satu perkara, masa awal tahun haritu mak aku belikan aku FAB!
Pencuci serbuk yang serba harum berwana putih itu.
Malang sekali, serbuk pencuci itu dibiarkan berhabuk dalam loker aku.
Dibukak pun tidak, apatah lagi dipakai !

Aku kira elok aku sedekahkan kepada mereka yang gemar membasuh baju.
Jadi kepada mereka yang membaca ini, aku mahu jual sekotak sabun Fab,
masih belum dibuka dan kondisi baik. Harga permulaan RM3.
Bidaan tertinggi menang ye.

Kalau nak contact aku ek

Akhir kalam, suka aku dendangkan sebuah lagu,
Diilhamkan daripada lagu Yuna - Gadis Semasa

♫♪ "Basuhlahh bajuuu, yang selama ini kau pakai,
Dan gosoklah collar ituu. Rendamlah-rendamlahh,
rendam baju yang dah nak masam,
yang mungkin memudaratkan muuuu

Bajuu akuuu memang begitu. Tetap seperti dahulu.
Tak pernah nak basuuuhh" ♪♫

Terima kasih membaca !

p.s. Untung sahabat aku, ada kawan perempuan dia tolong jahitkan, 
basuhkan malah gosokkan sekali baju sekolah dia ! :)

Comments

Popular posts from this blog

Barang yang kerap hilang di asrama.

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.