Lepas SPM, aku nak...

Assalam :)

37 days until SPM. That is 5 weeks and 2 days.
Also equivalent to 5 more friday prayers.
Which also means that my school days are numbered.
Oh my. But what to do after SPM you ask ?

Hey, post ini tiada kena-mengena dengan masa depan,
mahupun cita-cita aku. Post ini bukanlah post yang memberi kesedaran.
Post ini bukanlah juga permintaan pendapat mengenai kursus yang ingin aku sertai.
Tetapi pada malam ini, suka aku untuk menyatakan,
bagaimana aku ingin meluangkan masa selepas SPM nanti,
di mana tiada lagi kerja rumah menghantui diri, dan tiada lagi bebanan sekolah.

Tidak perlu lagi iron baju sekolah.
Tidak perlu lagi menyanyikan lagu Negaraku setiap pagi.
Tidak perlu lagi mandi pagi, sabun diri mahupun gosok gigi !
Okay, tu dah lebih. Tapi bayangkan betapa merdekanya kita ketika itu !
woohooo :D

Jadi sekarang saya ada masa yang tidak berbelah bagi, apa yang boleh buat?
Well, this is a list of things I'll be doing when SPM ends ! 

1. BLOGGING
Ye ! Saya akan blogging, blogging dan blogging lagi ! Setelah dua tahun blogging,
Tahun ni yang paling sikit aku meluahkan kisah kepada blog ini. sebab apa?
SPM ! Maka dengan itu, aku akan balas dendam lepas exam nanti tau.
Jadi kalau korang minat baca blog ni, seronok la kan :3

2. Baca MANGA !


Saya suka baca manga. Full Metal Alchemist, Eyeshield 21, Naruto, Fairy Tail,
Bleach, Death Note, Bakuman.. Kesemua Manga ni, aku nak khatamkan balik!
Mentang2 lepas SPM tak perlu mentelaah buku bio dah, maka aku akan
mentelaah manga-manga di internet sampai pengsan ! YAY !

3. Main FUTSAL !
Tak puas tak puas tak puas ! Aku tak pernah puas main futsal.
Kalau balik je, mesti ajak kawan main futsal. Tetapi tahun ni jarang main,
sebab balik pun jarang kan. Sedih :/

4. TWEET !
Okay, kalian mungkin tak percaya, tapi aku tak reti pakai twitter -_-"
Aku ada account, tapi bagaimana ingin menggunakannya?
It's all very strange to me. So I'm currently active on Facebook only.
Tapi lepas SPM nanti kita belajar pakai Twitter, follow kita ramai-ramai okay ! :D

Maka itulah antara perkara yang ingin aku laksanakan lepas SPM nanti.
Tetapi kan, ada banyak lagi. Lain kalilah aku ceritakan lagi, itupun kalau sempat.
Tetapi lagi kan, aku hanya boleh buat perkara2 di atas buat masa yang terhad.
Kerana, aku antara pelajar bertuah yang telah dapat....

PLKN !

Mesti handsome aku pakai baju PLKN nanti :p

Inilah yang dinamakan keluar kandang harimau, masuk mulut buaya.
Baru sahaja keluar dari bandar zombie Bagan Datoh, kini masuk PLKN pula.
Well, experience is the best teacher right ! Be positive Irfan :)

Thanks for reading ! :]

p.s. Lagi satu benda aku nak buat lepas SPM. Boleh tak ?
 Aku teringin sangat nak...


KAHWIN !

Tak boleh ye ? Alaaaaaaaa :/ haha

Comments

Popular posts from this blog

Barang yang kerap hilang di asrama.

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.