PM Cirit Menggegar Negara





Pada 30 Jun 2021, Pejabat Perdana Menteri telah menggegarkan negara dengan mengumumkan bahawa PM pintu belakang, TS Mahiaddin/ Muhyiddin Yassin atau lebih mesra dikenali sebagai Abah Kau sedang mengalami masalah dengan 'Pintu Belakang' beliau. Hal ini mengejutkan seluruh rakyat Malaysia yang risau mendengar perkara tersebut. Ramai mendoakan PM 'kembali' tetapi kembali ke mana ramai tak pasti. 

Setelah berita mengenai pergolakan yang berlaku di dalam sistem pencernaan PM kita yang ke-8 tersebar ke seluruh dunia, keluar pula berita bahawa PM sepatutnya pergi menghadap YDPA Sultan bagi berbincang mengenai pembukaan semula Parlimen yang sebelum ini dikatakan segera. Namun, benda lain pula yang terbuka dengan segera sehingga Bapa Perutusan terpaksa dimasukkan ke dalam Hospital bagi menyelamatkan maruah beliau.

Ramai netizen membuat andaian bahawa PM sebenarnya TIDAK CIRIT! Tetapi hanya menggunakan alasan tersebut untuk tidak berjumpa dengan Sultan. Adakah perkara ini benar? Ataupun hanya spekulasi? Susah untuk disahkan kerana alasan sakit perut ni memang boleh digunapakai, daripada zaman malas pergi sekolah sehinggalah zaman malas pergi kerja. Maka tidak mustahil juga PERDANA MENTERI juga boleh menggunakan alasan ini untuk tidak melaksanakan tanggungjawab beliau. Ye lah, sakit cirit birit ni perkara yang susah nak buktikan. Ada ke majikan mintak tengok taik kau bila kau bagi alasan tu kan?

Pada petang 30 Jun 2021, YDPA Sultan telah bertitah supaya Parlimen dibuka pada 1 Ogos 2021. Adakah PM akan terus tercirit mendengar arahan ini atau adakah beliau akan sedar yang rakyat sedang mati? Kita saksikan dalam drama negara paling kelakar, Malaysiaku Gemilang!

Comments

Popular posts from this blog

Barang yang kerap hilang di asrama.

Aku dah tengok : Istanbul Aku Datang.

Apa itu PLKN? Revealed by Irfan.